Friday, September 15, 2017

past

SETELAH GAGAL PAMERKAN ISLAM YANG TERBAIK, MEREKA SALAHKAN DAP
Pas bawa politik zaman 70-an. At Takiri kata, Islam tak selamat di bawah Dap.
Mengarut betul At Takiri. Islam tetap selamat sampai kiamat kerana Islam itu agama yang Allah redho dan pelihara. Jangan cuba tafsir Islam akan hancur kerana Dap.
Islam akan terus dipandang baik dan mulia semuanya atas tanggungjawab umat2 Islam sendiri, bukan parti. Islam takkan selamat di bawah Pas atau mana2 parti politik selagi umat2 Islam tidak mengikut ajaran Islam itu sendiri.
Contohnya, yang luluskan Hudud dalam Dun Kelantan itu adalah dari sokongan Adun2 dalam Dun Kelantan, tanpa seorang pun Adun dari Dap. Mengapa tidak dijalankan hudud di Kelantan? Jawapannya, ini bidangkuasa Kerajaan Pusat. Siapa Kerajaan Pusat? Jawapannya, Dap tidak terlibat samasekali. Umno/Bn adalah kerajaan Pusat.
Gagal Hudud di Kelantan pun mereka salahkan Dap. Maka, dibawa satu lagi usul iaitu RUU Akta 355. Hadi pun melanggar Jkuasa pembentukan usul ini dengan membawanya bersendirian ke Parlimen. Apakah waktu itu Hadi tidak tahu bahawa sebarang usul jika dibawa ke Parlimen, akhirnya kuasa penentu terhadap usul itu adalah Kerajaan juga? Harus diingat Dap bukan kerajaan dan tiada kuasa meluluskan atau menolaknya.
Hadi kata Umno akan bantu. Umno pun kata, parti Melayu itu juga akan bantu. Maka, Jamil Khir seorang Menteri yang jaga agama pun diseret atas pentas sokong RUU Akta 355 di Padang Merbok. Asyraf Dusuki pun hadir. Tegang2 urat Jamil Khir atas pentas Padang Merbok menyerang Dap dan menyokong RUU Akta 355. Bertakbir sekelian walaun di malam itu mendengar Jamil Khir berucap dan sampaikan 'salam' Najib kepada semua yg hadir berbaju Unggu.
Tidak beberapa hari selepas itu, Najib Presiden Umno umumkan Umno tidak akan bawa usul RUU Akta 355. Bola diserahkan kembali kepada Hadi. Di Parlimen, untuk kali ketiga, Hadi bangun dan baca usul serta rengkasan dan huraian tentang RUU Akta 355. Kemudian disambung oleh Takiyuddin dengan panjang lebar.
Sepanjang ucapan Hadi dan Taki, tiada seorang pun wakil dari Dap mahupun dari PH bangun mencelah, jauh sekali membantahnya. Masing2 sibuk mencatatkan apa yg Hadi dan Taki hujahkan agar mereka dapat menggunakan peluang untuk memberi pendapat dan hujah sewaktu perbahasan nanti.
Malangnya, sebelum masuk waktu Asar, terlalu awal lagi setelah Taki selesai beri huraian, Speaker buat keputusan untuk menangguhkan perbahasan pada siri akan datang. Untuk makluman walaun, Speaker itu bukan dari Dap. Bangun beberapa orang wakil dari PH mendesak Speaker untuk adakan perbahasan kerana ini isu penting melibatkan umat2 Islam seperti yang Hadi selalu laung2kan. Cepat bahas, cepat dibuat undian dan cepat diputuskan. Bukankah ini yg Hadi mahukan? Bukankah Islam ajar benda2 yg baik jangan suka ditangguh2kan?
Pelik bin ajaib, sewaktu ramai MP2 dari PH bangun mendesak Speaker untuk bahas segera RUU Akta 355, tiada seorang pun MP dari Pas yang bangun menyuarakan bantahan terhadap Speaker. Bukankah itu usul dari Hadi Presiden mereka sendiri? Mengapa tak membelanya dan anggap pembelaan itu sebagai jihad jika Speaker halau keluar dewan nanti? Sebaliknya yang berlaku, MP2 dari PH pula yang terpaksa berbalah dengan Speaker untuk membahaskan RUU Akta 355 idea dari Hadi itu. MP2 dari Pas angkat punggung dan naikkan banner di lobi Parlimen yang tertera "Hadi Wira Islam" dan bertakbir beramai2.
Apa kata lebai2 ini selepas itu? Biarlah Speaker tangguh pada siri akan datang dan kita bersedia untuk bahas nanti. Apa yang berlaku seterusnya? Tiba sidang Parlimen baru2 ini, usahkan mahu bahas RUU Akta 355, Hadi pun terus tidak hadir ke Parlimen atas alasan uzur. Tapi Hadi hadir pada program Ijtimak Ulamak pada waktu itu.
Ini satu kisah betapa Islam pun tidak selamat di bawah nama Pas. Islam akan terpelihara dan dipandang mulia sekiranya umat2 Islam itu sendiri ada keikhlasan dan jujur di dalam memperjuangkannya tidak kira di atas nama wadah politik mana sekalipun. Islam akan tercemar jika umat2 Islam sendiri bersekongkol dengan kezaliman.
Pas terus salahkan Dap kerana itu sahaja modal yang ada pada mereka untuk mendapatkan undi orang2 Melayu. Mereka telah belajar taktik ini dari Umno. Biarkan mereka berebut2 undi dari orang2 Melayu yang kuno dan jahil kerana kita yakin majoriti orang2 Melayu tidak lagi bodoh dan termakan dengan jualan murah bangsa dan agama.
WFAUZDIN NS

Sunday, May 7, 2017

BEZA ANTARA PENTADBIR HARTA, PEMEGANG AMANAH DAN WAKIL KUASA

BEZA ANTARA PENTADBIR HARTA, PEMEGANG AMANAH DAN WAKIL KUASA

Ramai yang keliru tentang istilah Pentadbir Harta, Pemegang Amanah dan Wakil Kuasa (Power of Attorney).

Ketiga-tiganya mungkin nampak macam sama, tetapi hakikatnya ia berbeza dari segi maksud dan perlaksanaannya.

Kali ini saya ingin kongsian apakah perbezaan antara ketiga-tiga istilah tersebut supaya masyarakat tidak lagi keliru dan faham akan kedudukannya.

A. Pentadbir Harta

1. Pentadbir harta merujuk kepada seseorang atau satu pihak yang dilantik sama ada oleh tuan tanah  semasa beliau masih hidup tetapi hanya berkuatkusa setelah beliau meninggal dunia kelak, atau dilantik oleh pejabat pusaka kecil atau mahkamah untuk mentadbir dan menguruskan harta tuan tanah tersebut setelah beliau meninggal dunia bagi pihak waris simati atau pihak-pihak tertentu, sebagaimana yang diputuskan oleh pejabat pusaka kecil atau mahkamah, sehingga harta tersebut diserahkan secara sah berdasarkan undang-undang kepada waris-waris atau pihak-pihak tersebut.

2. Biasanya Pentadbir Harta dilantik sekiranya semasa simati meninggal dunia terdapat waris-waris beliau yang masih bawah umur atau hilang upaya dari segi undang-undang untuk memiliki harta atau harta tersebut terdapat sesuatu sekatan tertentu yang mana perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum ianya boleh diserahkan kepada waris atau pihak-pihak tertentu.

3. Kedudukan pentadbir harta hanyalah sekadar sebagai pengurus, pentadbir dan memegang amanah bagi pihak si mati sehinggalah harta tersebut diserahkan kepada waris yang sepatutnya atau sehingga kesemua pembahagian harta tersebut selesai.

4. Pentadbir harta tidak ada hak pemilikan atau kepentingan terhadap harta yang ditadbirnya melainkan beliau sendiri adalah salah seorang waris yang berhak menerima harta simati tersebut.  Ertinya beliau tidak ada kuasa secara otomatik untuk menjual atau memindahmilikkan harta tersebut kepada mana-mana pihak selain daripada waris-waris yang sah yang berhak menerima harta tersebut,  melainkan ada suatu perintah daripada pejabat pusaka kecil atau mahkamah untuk berbuat demikian.

5. Pentadbir Harta boleh dilantik sama ada di kalangan waris si mati itu sendiri atau pihak-pihak lain yang difikirkan sesuai oleh pejabat pusaka kecil atau mahkamah, misalnya Amanah Raya Berhad.

6. Pentadbir Harta boleh dilantik lebih daripada seorang dan boleh digantikan dengan pentadbir harta lain sekiranya pentadbir harta itu gagal melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik dan amanah.

B. Pemegang Amanah

1. Pemegang Amanah adalah seseorang atau satu pihak yang dilantik oleh tuan tanah semasa beliau masih hidup dan akan berkuatkuasa serta merta sebaik sahaja pelantikan pemegang amanah dibuat.

2. Kebiasaannya Pemegang Amanah dilantik oleh tuan tanah itu sendiri untuk melaksanakan sesuatu tanggungjawab bagi pihak tuan tanah atau bagi pihak orang lain yang berkepentingan dengan tanah tersebut.

3. Misalnya Pemegang Amanah boleh dilantik sekiranya tuan tanah ingin menghibahkan hartanya kepada anak-anaknya yang bawah umur atau pihak-pihak lain yang tidak layak dari segi undang-undang untuk memiliki harta tersebut, misalnya seseorang yang cacat dan sebagainya.

4. Pemegang Amanah juga boleh dilantik untuk tujuan menguruskan dan memegang amanah bagi pihak orang lain yang mempunyai hak pemilikan dan kepentingan terhadap tanah tersebut tetapi hak pemilikan tersebut tidak dapat didaftarkan di dalam geran akibat kekangan undang-undang dan sebagainya. Misalnya 5 orang pembeli dikalangan adik beradik atau rakan rapat berkongsi duit beli tanah pertanian berkeluasan 1 ekar untuk tujuan sama-sama uruskan urusan pecah lot. Memandangkan terdapat kekangan dari segi undang-undang yang mensyaratkan tanah pertanian hanya boleh dipindahmilikkan kepada satu nama sahaja untuk setiap 1 ekar, maka hanya salah seorang di kalangan 5 orang  pembeli tersebut akan didaftarkan namanya di dalam geran. Dan 4 orang pembeli yang lain akan melantik pembeli yang namanya didaftarkan dalam geran tadi sebagai Pemegang Amanah sebagai instrument sementara sebelum geran individu berstatus bangunan dikeluarkan dan pindahmilik dibuat daripada pemegang amanah kepada pemberi amanah.

5. Untuk mewujudkan ikatan Pemegang Amanah yang sah, satu surat cara Ikatan Amanah akan ditandatangani oleh pemberi amanah dan pemegang amanah. Surat Ikatan Amanah tersebut akan didaftarkan di Pejabat Tanah. Untuk melindungi hak dan kepentingan pemberi amanah atau pihak yang berkepentingan melalui Ikatan Amanah tersebut, mereka boleh memohon Pentadbir Tanah memasukkan Kaveat Amanah ke atas tanah tersebut.

6. Sama seperti Pentadbir Harta, Pemegang Amanah juga tidak ada hak dan kuasa penuh terhadap hartanah tersebut. Ertinya Pemegang Amanah tidak boleh sewenang wenangnya menjual atau memindahmilikkan tanah tersebut kepada pihak-pihak lain melainkan dengan persetujuan daripada pemberi amanah itu sendiri.

C. Wakil Kuasa

1. Wakil kuasa adalah seseorang yang dilantik oleh tuan tanah sebagai wakilnya yang sah untuk melakukan sesuatu perkara atau tanggungjawab tertentu yang sepatutnya dilakukan oleh tuan tanah tersebut berkenaan dengan tanahnya itu.

2. Wakil kuasa boleh mempunyai kuasa penuh (full power of attorney) atau terhad (limited power of attorney) bergantung kepada setakat mana kuasa yang diberikan oleh tuan tanah kepadanya.

3. Kedudukan wakil kuasa ini adalah sama seperti seolah-olah dia adalah tuan tanah itu sendiri, tertakluk kepada kuasa kuasa yang diberikan oleh tuan tanah kepadanya.

4. Untuk mewujudkan ikatan wakil kuasa ini, satu Surat Wakil Kuasa akan ditandatangani oleh tuan tanah dan wakil kuasa dan ianya hendaklah didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah berkenaan. Wakil kuasa akan terikat untuk melaksanakan tanggungjawabnya bagi pihak tuan tanah mengikut kuasa-kuasa yang diberikan kepadanya.

5. Kuasa-kuasa tadi boleh dibatalkan atau ditarik balik bergantung kepada jenis kuasa yang diberikan kepadanya. Wakil kuasa yang boleh dibatalkan atau ditarik balik dipanggil sebagai Revocable Power of Attorney, manakala  Wakil kuasa yang tidak boleh dibatalkan atau ditarik balik dipanggil sebagai Irrevocable Power of Attorney.

6. Tidak seperti Pentadbir Harta dan Pemegang Amanah, Wakil Kuasa mempunyai hak dan kuasa sama seperti hak dan kuasa tuan tanah ke atas tanah tersebut. Ertinya jika tuan tanah memberikan kuasa kepada wakil kuasa untuk menjual dan memindahmilkkan tanah tersebut kepada pihak lain, maka wakil kuasa tadi mempunyai kuasa tersebut sebagaimana yang dinyatakan dalam Surat Wakil Kuasa.

Kesimpulannya, Pentadbir Harta, Pemegang Amanah dan Wakil Kuasa mempunyai bidang kuasa, tanggungjawab dan hak-hak tertentu. Walaupun kelihatan sama antara satu sama lain, dari segi konsep dan perlaksanaannya amat berbeza.

Justeru masyarakat perlu faham tentang perbezaan tersebut supaya tidak keliru dan dapat  mengelakkan penyelewengan yang boleh berlaku melalui kuasa-kuasa yang diberikan tersebut.

Terima kasih,

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)

Tuesday, March 28, 2017

TUAN, APA YANG SAYA PERLU BUAT DENGAN ANAK YANG MALAS MEMBACA?

TUAN, APA YANG SAYA PERLU BUAT DENGAN ANAK YANG MALAS MEMBACA?
DrRostam

Ada banyak sebab untuk anda mendengar radio sambil melayan kesesakan jalan raya. Salah satunya ialah sesi mendengar rintihan masyarakat yang mahukan pendapat dari tetamu jemputan di radio. Isu-isu yang menjadi masalah utama kepada masyarakat akan dijawab oleh tetamu yang biasanya adalah di kalangan agamawan yang berpengalaman. Jawapan biasanya menjurus kepada aspek spiritualiti dan sedikit nasihat umum yang sememangnya mencukupi sebagai panduan umum. Mana mungkin anda ada masa untuk mengulas panjang berjela isu tersebut di radio.

Lagi pun, soalan yang diterima adalah 'pre-recorded' bukan 'live' untuk ada bertanya kembali secara spesifik.

Namun, oleh kerana soalannya ialah berkenaan anak-anak, maka ia menarik minat saya untuk melihatnya dari sudut yang sedikit berlainan. Intipati kepada soalan itu saya rangkumkan di bawah:

1. Anak menunjukkan satu tingkahlaku yang tidak disukai oleh ibu
2. Ibu tidak tahu punca
3. Ibu perlukan bantuan untuk membetulkan sikap anak

Saya yakin bahawa ramai ibu bapa di luar sana ada pelbagai lagi masalah yang berkaitan anak yang ingin diperbetulkan tetapi dalam banyak keadaan, situasi itu amat liat untuk diperbaiki. Anak malas solat, anak tak baca Quran, anak banyak tengok TV, anak malas ini dan itu dan banyak lagi.

Saya cuba formulasikan satu jawapan yang berlainan dengan apa yang diberi semasa sesi tersebut bagi memberikan perspektif yang sedikit berbeza dari jawapan penceramah tadi yang saya lihat boleh ditambah baik untuk manfaat kita bersama.

FOKUS
Fokus soalan dan jawapan bagi isu ini kebiasaannya adalah sama iaitu:
1. Membetulkan anak yang yang sedang berkelakuan tidak patut
2. Perubahan akan dilakukan oleh anak dengan beberapa petua yang digariskan
3. Ibu bapa sebagai pengadil samada anak berjaya berubah atau tidak
4. Anak akan dihantar untuk pelbagai kem atau sekolah agama untuk memperbaiki tingkahlaku jika usaha ibu bapa gagal. Kem atau sekolah agama menjadi proksi membaiki anak

Dan kebanyakan masanya elemen terpenting dalam perubahan tingkahlaku anak-anak ini jarang ditekankan dan diberi perhatian iaitu ibu bapa itu sendiri. Ini kerana dalam majoriti situasi, ibu bapa tidak dilihat sebagai punca masalah atau elemen terpenting penyelesai masalah kerana mengira bahawa ibu bapa sentiasa di landasan yang betul, mempunyai perangai yang terbaik serta sempurna.

Sedangkan, bila dilihat dinamik permasalahan anak-anak, punca masalah dan kunci utama untuk menyelesaikan masalah bermula dari ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa yang bermasalah akan mewujudkan anak-anak bermasalah.

ANALOGI
Mudah sahaja untuk kita melihat di mana logiknya konsep ini. Cuba anda duduk dan perhatikan orang dewasa di sekeliling kita dan cuba refleksi diri kita sendiri. Perhati dengan erti kata melihat dengan mata hati tindak tanduk orang dewasa yang bergelar ibu dan bapa kepada seseorang di luar sana termasuk diri kita sendiri. Perangai kita, kegemaran kita, tabiat kita dan sebagainya sebenarnya tidak jauh beza dengan anak-anak kita yang kita gelar kurang ajar, pemalas, suka membazir masa, suka menipu, mencuba perkara yang tidak elok seperti merokok, terlalu suka berhibur dan sebagainya.

Cumanya, tingkahlaku yang kita lakukan itu kita rasionalkan dengan sesuatu atas nama ego kita sebagai seorang dewasa. Namun, bilamana anak melakukan perkara yang sama, tiba-tiba kita bertindak seperti hakim yang suci dari melakukan perkara yang sama dengan alasan kita ingin membentuk generasi yang lebih baik dan kita mahu MEREKA menjadi lebih baik.

Kita?

'PARENTING IS ABOUT PARENTS, NOT CHILDREN'
Jika mengikut agama kita, menjadi ibu bapa bermula dari pemilihan calon suami atau isteri lagi. Seterusnya pembinaan keluarga yang diteraskan kepada akhlak dan tingkahlaku yang baik dan akhirnya lahirlah anak-anak sebagai anugerah dari hubungan itu. Pentingnya tingkahlaku dan akhlak yang baik ini sebenarnya kerana semua ibu bapa inginkan anak-anak yang juga baik.

Anak-anak sukar jadi baik jika tiada contoh yang baik untuk diikuti. Akhlak dan tingkahlaku mereka adalah refleksi kepada akhlak dan tingkahlaku ibu bapa mereka. Jika anak pemalas, anak tak suka baca buku, anak suka buang masa, anak tidak hormat ibu bapa dan sebagainya adalah gambaran kepada sikap ibu bapa itu juga samada terhadap anak itu sendiri, rutin harian mereka atau sikap terhadap orang lain.

Harus diingat bahawa dari kaca mata anak-anak, ibu bapa adalah contoh manusia sempurna semasa mereka masih kecil. Apa yang menjadi kebiasaan ibu bapa adalah yang terbaik di mata mereka yang perlu ditiru secara sedar atau tidak. Solat, budaya membaca, cara bercakap, cara bersosial, tabiat yang sihat dan sebagainya dipengaruhi oleh ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa yang tidak rajin membaca, tidak akan menghasilkan anak-anak yang rajin membaca.

Mungkin kita boleh paksa mereka membaca tetapi adakah ianya sama dengan seseorang yang membaca kerana mereka memang mahu membaca? Begitu juga dengan tabiat dan tingkah laku yang lain. Sesuatu tabiat yang baik itu tidak akan terbentuk tanpa role model iaitu ibu bapa itu sendiri.

Perangai anak-anak yang kurang baik juga menunjukkan sesuatu yang tidak kena dengan cara dan pendekatan kita terhadap mereka seharian. Dengan merasionalkan kepenatan bekerja sebagai punca untuk kurangnya perhatian, ia tidak akan merubah keadaan anak tersebut. Dewasa ini, isunya ialah ibu bapa yang seolah tidak wujud di mata anak-anak. Fizikalnya sahaja ada setiap hari tetapi emosinya tiada, tumpuannya juga tiada.

Natijahnya, anak tidak melihat kita sebagai role model juga dan melihat kita tidak lebih sebagai pemberi mereka makan, penyedia tempat tinggal, duit belanja, pemandu mereka ke mana-mana dan lain-lain tugasan yang tidak boleh dilakukan mereka secara sendiri.

Secara emosi dan pemikirannya kita 'disconnected' dari anak-anak kerana kita juga terlalu sibuk dengan masalah kita sendiri sehingga terlupa bahawa kita telah mengabaikan mereka. Kesannya, anak tidak melihat adanya keperluan untuk 'connect' dengan kita dan lebih selesa untuk 'connect' dengan perkara lain samada kita suka atau tidak.

Dan kebanyakan masanya, ia sudah tentu perkara yang kita tidak suka. Mengapa begitu? Kerana secara luar sedar mereka 'belajar' bahawa satu-satunya cara untuk mendapatkan perhatian dari ibu bapa mereka ialah dengan cara melakukan sesuatu yang ibu bapa mereka tidak suka. Jika tidak, masing-masing akan sibuk dengan dunia sendiri.

Berapa ramai antara kita yang hanya akan buka mulut atau tengok anak bila mereka buat sesuatu yang tidak kita sukai? Anda boleh lihat dengan mata kepala anda di pusat membeli belah atau di tempat makan. Ibu atau bapa hanya berinteraksi dengan anak bila sesuatu yang tidak disukai berlaku. Kebanyakkan masanya dengan memek muka yang tidak molek atau nada suara marah. Selain itu, ibu bapa akan sibuk dengan gajet semata.

Ada beza yang sangat besar antara MENDIDIK/MENGASUH dengan MENTERNAK.

KESIMPULANNYA
Konsep keibubapaan bermula dengan ibu bapa bukan anak-anak. Ia adalah tentang kita sebagai ibu dan bapa. Anak-anak adalah 'produk' disiplin diri kita sebagai seorang manusia yang berinteraksi dengan dunia sekeliling. Anak-anak adalah refleksi kepada siapa kita sebenarnya hasil cerapan sedar dan luar sedar mereka terhadap kita dari mereka lahir sehingga sekarang.

Mungkin kita gunakan guru, pengasuh dan lain-lain sebagai proksi tingkahlaku baik tetapi jika role model utamanya tidak begitu molek, tidak banyak yang proksi anda boleh lakukan melainkan perubahan yang minima dan bersifat sementara.

Saturday, January 28, 2017

Mentally strong people do

*18 Things Mentally Strong People Do*

*1. They practice gratitude.*

Counting their blessings, rather than their burdens, helps mentally strong people keep life in proper perspective. Their choice to be grateful shines through in their mood and behavior.

*2. They retain their personal power.*

Mentally strong people don’t give negative people power over them. They refuse to blame anyone for holding them back or dragging them down.

*3. They accept challenges.*

Mentally strong people view adversity as an opportunity to grow stronger. With each obstacle they overcome, they gain confidence in their ability to become better.

*4. They focus on the things they can control.*

Mentally strong people stay productive and effective by focusing on the things they have control over. Rather than waste energy worrying about whether the storm will come, they invest their efforts into preparing for it the best they can.

*5. They set healthy boundaries.*

Creating healthy emotional and physical boundaries gives mentally strong people the room they need to grow. Even when they may disappoint others, they’re willing to say no.

*6. They take calculated risks.*

Mentally strong people balance their emotions with logic so they can calculate each risk they face. They’re willing to step outside their comfort zone and seek opportunities that will help them reach their goals.

*7. They make peace with the past.*

Mentally strong people reflect on the past so they can learn from it, but they don’t dwell on it. They refuse to live a life of regret and they let go of grudges.

*8. They learn from their mistakes.*

Rather than beat themselves up for their mistakes, mentally strong people focus on learning from them. They accept full responsibility for their behavior and choose to move forward in a productive manner.

*9. They create their own definition of success.*

Rather than resent other’s good fortune, mentally strong people feel free to share in their joy. They recognize that other people’s achievements don’t diminish their own.

*10. They view failure as an opportunity for growth.*

Failure is often part of any long journey toward success. Mentally strong people accept that and they choose to use each failure as an opportunity to grow wiser.

*11. They set aside time to be alone.*

Mentally strong people take time to be alone with their thoughts. Whether they write in a journal, practice meditation, or sit silently and reflect, they know a little solitude is essential to their well-being.

*12. They accept full responsibility for their lives.*

Mentally strong people create opportunities for themselves. They don’t waste time waiting for the world to give them what they think they’re owed.

*13. They practice perseverance.*

Mentally strong people know that the best things in life are worth waiting for. They exercise patience and persistence as they strive for their goals.

*14. They modify their unhealthy beliefs.*

Mentally strong people refuse to allow self-limiting beliefs to restrict their potential. They understand their minds can be their best asset or their worst enemy.

*15. They expend their mental energy wisely.*

Instead of complaining about things they can’t change or rehashing something that happened yesterday, mentally strong people devote their energy to productive tasks. They don’t waste limited resources, like time and energy, on things that aren’t helpful.

*16. They practice realistic optimism.*

Mentally strong people talk to themselves like a trusted coach. They refuse to believe pessimistic predictions but they also don’t allow themselves to become overconfident.

*17. They tolerate discomfort.*

Mentally strong people aren’t afraid to endure a little pain. Whether they keep running when their legs are tired or they resist instant gratification, they practice self-discipline even when it’s uncomfortable.

*18. They stay true to their values.*

Mentally strong people keep their priorities in line with their beliefs. They’re courageous enough to live according to their values, even when it’s not the popular choice.

Supplement dn penyakit

MEREKA KAYA RAYA, KITA NAYA BINASA

1.Seorang ustaz 50 tahun datang klinik untuk temujanji darah tinggi dan kencing manis. Disorong atas kerusi roda. Muda lagi. Saya tanya kenapa ni ustaz, kena stroke ke? Ustaz angguk dan senyum. Saya tanya kenapa sampai boleh kena stroke? Darah tinggi tak terkawal ke ustaz? Kata dia dulu dia takmau percaya dengan perubatan moden, ubat yang doktor bagi dia tak makan dan dia telan juz al hid**ah hari hari sampai gula naik mencanak, tekanan darah naik mendadak. Sekarang dia menyesal dan sedih sebab dah banyak lupa banyak surah surah yang dia dah hafal.

2. Seorang polis umur 55 tahun, datang untuk pemeriksaan kencing manis dan darah tinggi juga. Alhamdulillah bacaan gula dan tekanan darah semua dah elok dan terkawal cuma bacaan creatinine sedikit tinggi. Maksudnya buah pinggang ada rosak sedikit. Kata dia, dia ada amalkan minum supplemen pa**ga dulu. Kata dia masa dia amalkan minum jus kononnya berkhasiat tu dulu, bacaan gula memang akan naik banyak. Jadi, dia berhenti selepas dinasihatkan oleh doktor. Selepas berhenti dan patuh dengan ubat yang dibekalkan, bacaan kembali normal cuma buah pinggang yang dah rosak sukar dipulihkan. Nasib tak sampai ke tahap perlu cuci buah pinggang.

3. Seorang lelaki orang asli umur 43 tahun, datang ke klinik dengan kerusi roda. Muka ceria tapi nampak sedu di sudut mata dia. Saya tanya kenapa nampak sedih, bacaan semua cantik cuma creatinine dah 450. Tingginya! Saya tanya encik ada jalani hemodialisis ( cuci buah pinggang) ke. Dia angguk dan muka sayu. Saya belek buku kesihatan dia. Saya cakap eh dari dulu bacaan gula dan tekanan darah cantik sangat ni, macam mana sampai boleh ke dialisis. Kata dia dulu dia minum pa**ga dua hari sekali sebab dia kata dalam iklan nampak macam bagus.

4. Ada seorang kenalan umur 25, perempuan dah kena buat peritoneal dialisis ( cuci darah melalui usus). Saya pelik sebab terlalu muda. Kata dia memang salah dia sebab dulu dulu dia ada makan ubat kurus akibat terpedaya dengan iklan di majalah dan tv. Sekarang dia terpaksa redha akibat pilihan yang salah dahulu. Bayangkan di usia semuda itu perlu cuci darah seminggu tiga kali dengan anak yang kecil lagi perlu dijaga.

5. Seorang polis umur 62 tahun. Duit habis berpuluh ribu. Beli air alkali ( kangen water) dan mesin pemanas dan urut badan konon boleh pulihkan segala penyakit kronik. Semuanya akibat terpedaya dengan iklan dan mulut mulut manis penjual serta segala testomoni yang taktau lah ditokok tambah segala rencah dan rasa. Akibatnya buah pinggang rosak teruk. Bila diberi nasihat oleh doktor secara berkali kali dengan nada yang betul dan pemahaman yang baik, alhamdulillah dia ikut dan semuanya terkawal kecuali buah pinggang tersayang.

Ini baru lima contoh yang paling saya ingat.
Tapi ada terlalu banyak kes yang sama kat klinik. Anda boleh bertanya kepada doktor dan pakar di bahagian nefrologi atau buah pinggang, kebanyakkan penyebab kegagalan buah pinggang adalah disebabkan oleh jus jus merapu atau supplemen merapik yang entah apa isi kandungan di dalamnya.

Boleh untuk kita jual supplemen tapi janganlah sampai perlu menipu masyarakat hanya untuk kita kaya dan hidup mewah. Kasihan orang orang kampung, makcik pakcik tua yang mudah percaya, anak muda yang gila nak putih dan lawa. Mereka hanya percaya bulat bulat dengan iklan dan testimoni.

Janganlah kata dengan hanya minumlah jus ini, tak perlu makan ubat doktor, doktor semua agen yahudi, saya guna ayat al quran semasa proses pembikinan jus ini, yada yada yada. Jangan.

Kasihan masyarakat.
Lagi lagi ada juga radio dan tv yang masih membenarkan penjual produk ni menghasut masyarakat. Sedih.

Entah entah yang menjual produk tersebut pun tak menggunakan produk mereka sendiri.

Entah macam mana proses pembuatan semua jus tersebut. Tapi kebanyakkan supplemen dan ubat dan krim cantik ni di ambil di siam dan menggunakan steroid,bekas bekas hanya di beli kilang biasa sahaja.Sebab tu rasa jus jus ni sama saja. Cuba anda pergi rasa. Manis sahaja. Krim pun wangi sahaja sebab ditambah pewangi untuk hilangkan bau merkuri yang kuat.

Konon ada juga kopi untuk lawa lalu jadilah kopi kolagen. Hurm kolagen kalau dicampur dengan kaffein memang musnahlah kolagen tersebut. Macam macam helah penjual.

Ada yang membayar artis dan ustaz untuk menjadi duta. Lagilah masyarakat mudah terpedaya.

Yang terbaru, ada alat sembur untuk pulihkan buah pinggang dan pankreas. Sembur sembur terus sihat. Hurm sembur terus ke organ ke sampai boleh sihat tu?

Teringin saya nak tanya, apalah mechanism of action semua ubat ubat/juz juz/ krim krim ni ya? Kalau boleh terangkan, saya sanggup duduk semeja seharian untuk dengar.

Sebab bila ditanya, testimoni mesti cakap kawan jiran saya, sepupu belah adik saya, entah siapa siapalah. Eh ingatkan diri sendiri yang cuba.

Berniaga dengan ikhlas.

Setiap satu tindakan kita dicatat.
Nasihat yang kita beri, kalau salah tapi orang ikut dan sebar sebarkan, kita yang tanggung dosa sebab kita yang mulakan.

Awak menjual, awak dapat duit, pembeli merana dan perlu menanggung akibat sampai ke sudah. Fikir dahulu sebelum berkata dan menjual.
Fikir akan masa depan pembeli.
Ingat, niat tak pernah menghalalkan cara.

Jangan jual agama.

Dan bertanyalah pada yang pakar.

Nota kaki : nyawa itu amanah.

#M3
#Sayadoktorhanyamakangaji
#meniagaitusunnahmenipuituberdosa
#bayarsaturinggitdapatubathargaberatus
#sayanginyawaandadantersayang
#mencegahlebihbaikdarimerawat

Stevia pemanis atau racun

STEVIA - Pemanis Atau Racun ?

Sejak akhir-akhir ini banyak produk Stevia dipasarkan di pasaran. Sasaran utama golongan peniaga Stevia ini ialah pesakit kencing manis dan penyakit kronik lain. Bukti terbaru menunjukkan Stevia diproses dengan 'methyl-alcohol' dan bahan toksik lain.

Sememangnya Stevia adalah daun hijau tetapi kebanyakkan produk Stevia di pasaran adalah dalam bentuk serbuk atau cecair BUKAN asalnya daripada daun hijau Stevia. Produk Stevia yang anda gunakan sekarang adalah ekstrak Stevia yang telah dicampur dengan pelbagai bahan kimia, peluntur warna dan seterusnya dipasarkan sebagai makanan "kesihatan". Daun hijau Stevia mempunyai rasa manis 40 kali ganda lebih dari gula putih. Walaubagaimanapun, ia mempunyai kesan selepas rasa manis yang sangat pahit. Stevia yang diproses tidak mempunyai kesan selepas rasa manis ini. Pelbagai bahan kimia antaranya GMO Maltodextrine, GMO gula tebu, GMO Erythritol dan lain-lain ditambah untuk menghilangkan kesan "aftertaste" ini. Stevia yang diproses ini mempunyai rasa manis hampir 350 kali ganda daripada gula putih. Anda hanya perlu setitis sahaja untuk maniskan secawan air atau sedikit makanan anda.

Pengguna Stevia menyangka mereka menggunakan bahan berasaskan daun Stevia, tetapi sebenarnya mereka tertipu dengan membeli bahan pemanis yang dimaniskan dengan pelbagai bahan GMO. Sebagai contoh GMO Erythritol adalah pemanis yang terhasil akibat fermentasi jagung yang dihasilkan melalui modifikasi genetik. "Stevia" yang anda gunakan ini adalah kombinasi bahan-bahan kimia merbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan anda sekiranya diambil untuk jangkamasa panjang. Kira-kira 85% stevia yang diproses ini dihasilkan di China.

Daun asli Stevia sangat kukuh. Sel daunnya sukar dimusnahkan dengan dididihkan dalam air atau dengan proses 'centrifuge'. Jadi untuk mengeluarkan ekstrak bahan pemanis dalam daun Stevia dan untuk menghilangkan kesan selepas rasa manis yang pahit, pengeluar produk ini menggunakan pelbagai bahan kimia supaya sasaran mereka tercapai. Antara bahan kimia itu ialah methanol, kerosene, alcohol, chlorine, asid, titanium dioksida, arsenik dan bahan-bahan kimia penstabil.

Sehingga kini terdapat lima cara dipatenkan di seluruh dunia untuk  proses ekstrak daun Stevia. Kesemua cara yang dipatenkan tersebut menggunakan ALKOHOL. Jadi sebagai umat Islam, penggunaan produk Stevia dalam makanan kita juga diragukan mengandungi bahan haram ALKOHOL.

Jadi fahamlah kita bahawa di dalam botol cecair yang dilabelkan sebagai "Stevia Semulajadi", tidak ada satu bahan pun yang semulajadi. Semuanya bahan kimia. Sekiranya cecair itu berwarna hijau, warna hijau itupun adalah bahan kimia.

Manusia tidak boleh lari daripada PEMANIS. Lidah kita dicipta untuk merasai betapa sedapnya rasa manis ini. Islam menyediakan pemanis semulajadi yang sangat baik untuk kesihatan kita iaitu MADU. Walaubagaimanapun, madu pada zaman ini diragui ketulenannya. Pilihan pemanis yang paling sesuai kepada kita pada zaman ini selain madu ialah GULA KABUNG. Gula kabung atau 'coconut palm sugar' ialah pemanis yang sangat sesuai untuk pesakit diabetes dan penyakit kronik lain. Ia mempunyai indeks glisemik yang rendah. Malangnya strategi pemasaran besar-besaran yang dijalankan oleh pengeluar Stevia menyebabkan gula kabung menjadi "asing" kepada kita. Kita lebih kenal kepada Stevia berbanding dengan gula kabung yang jauh lebih selamat dari Stevia.

Elakkan Stevia yang diproses selama-lamanya sekiranya anda pentingkan kesihatan anda.

Wassalam

Dr Hj Noorul Amin Hj A Rahman
MD
www.mysweetsunnah.com

Sumber rujukan

Patent – Manufacturing method of pure natural high-purity stevioside – CN 102199177 (Translated from Chinese) http://www.google.com/patents/CN102199177A?cl=en

Patent – High-purity rebaudioside A and method of extracting same https://www.google.com/patents/US7923541

Patent – Process For Extraction And Debitterizing Sweet Compounds From Stevia Plants http://www.freepatentsonline.com/y2016/0015066.html

Patent – Process for production of steviosides from stevia rebaudiana bertoni – US 20060142555 A1 http://www.google.com.ar/patents/US20060142555

Method for extracting active ingredient of natural product (stevia) and uses thereof CN 101138686 (Translated from Chinese) A http://www.google.com/patents/CN101138686A?cl=en

The Aspartame / NutraSweet Fiasco http://www.stevia.net/aspartame.htm

How the Feds Set Frankenstein Free on the Farm, by Dr. Al Sears, M.D. http://www.bibliotecapleyades.net/ciencia/ciencia_geneticfood140.htm

Is Stevia Paleo? https://www.primalorganicmiami.com/is-stevia-paleo/

Cargill to Settle Deceptive Marketing Lawsuit alleging Truvia, Stevia Based Sweetener is Not Natural. http://www.foodnavigator-usa.com/Regulation/Cargill-to-settle-deceptive-marketing-lawsuit-alleging-Truvia-stevia-based-sweetener-is-not-natural

Don’t confuse consumers with stevia messages, by Russ Bianchi
http://russbianchi.com/wordpress/?p=6311

A Tale of Two Sweeteners – Stevia and Aspartame
http://aspartamesafety.com/web/articles/a-tale-of-two-sweeteners-stevia-and-aspartame

Stevia Leaf – Too Good To Be Legal?
http://www.henriettes-herb.com/faqs/medi-2-6-stevia.html

Stevia – A Natural Choice, by Dr. Betty Martini
http://www.dorway.com/martini.html

Tuesday, January 17, 2017

Petua Minum air selepas bangun tidor

AMALAN MINUM AIR SELEPAS BANGUN TIDUR

Sekadar perkongsian :

Saya pernah bertemu beberapa orang yg memberitahu saya bahawa amalan kesihatan yg mereka praktikkan kerana "diperturunkan" kpd mereka ialah minum segelas air sejuk selepas bangun pagi sebelum mulut dicuci. Mereka percaya ini menjadi salah satu sebab mereka sihat.
Baru - baru ini saya terbaca mengenai salah seorang janda Presiden Soekarno;Hartini,yg terkenal sihat dn cantik sehingga usia tua beliau. Diungkapkan juga bahawa salah satu amalan sepanjang hayat beliau ialah minum air putih  (air sejuk kosong ) selepas bangun pagi sebelum mencuci mulut.

Nampaknya memang amalan ini telah lama diamalkan oleh ramai orang dari berbagai bangsa dan budaya.
Yang ingin saya sentuh di sini ialah aspek Sains amalan ini.

Apa khasiat air sejuk diminum di waktu pagi sebelum mulut dicuci ?
Untuk memahami khasiatnya, perlu diketahui bahawa di dalam badan kita ada suatu molekul yg tersangat penting untuk kesihatan, iaitu Nitric Oxide ( NO ).
NO bertindak mengawal tekanan darah,sebagai neurotransmitter, anti-penuaan,anti-oxidant, anti-inflammatory dan banyak lagi peranan pentingnya.
Ada banyak cara Allah SWT yang Maha Pencipta, memberikan NO kepada kita,makhluknya.

Salah satu cara ialah dengan bakteria - bakteria tertentu di dalam rongga mulut dan hidung kita menghasilkan NO secara semulajadi,terutamanya ketika kita tidur.
NO yg terhasil itu terkumpul di dalam air liur yg terhasil semasa kita tidur itu,antaranya.

Maka apabila kita bangun dari tidur dan minum air sejuk,NO di dalam air liur kita itu dibawa ke dalam perut kita yg kosong dan diserap ke dalam peredaran darah kita.NO adalah sangat penting untuk kesihatan kita,kesihatan jantung terutamanya.

Dengan itu juga,adalah kurang bijak untuk mengamalkan berkumur dengan segala bentuk ubat pencuci mulut bagi orang yg tiada apa-apa penyakit mulut tetapi hanya untuk memberikan bau mulut yang menyegarkan. Ubat pencuci mulut dan segala mouthwash ini akan menghapuskan bakteria pembuat NO di dalam rongga mulut.

Kalau ada keperluan tertentu dan diarahkan oleh doktor,barulah sesuai digunakan ubat kumur pencuci mulut.
Moga perkongsian ini dijadikan Allah bermanfaat.

Dr Azman Ismail.

Cnp