Monday, December 26, 2016

Hanya tinggal Memori

PENDEKNYA SAAT MEMBESARKAN ANAK2

Satu ketika dulu rumah ini di penuhi oleh tawa tangis, jeritan, gaduh, lucu, gurausenda dan bagai lagi. Buku2 pensel, seluar baju berteraburan di lantai bilik. Bedak, sikat ntah ke penjuru mana. Kain selimut, bantal berteraburan d bawah meja. Maka...... kedengaran lah jeritan si emak suruh diam, kemaskan buku2 dan hantar pakaian kotor ke bilik air.

Pagi esoknya... seorang akan bertanya emak. "Mak... mana pensil saya.". Kemudian sorang lagi brtanya... " bedak mana makkk?" Sorang pulak akan tanya..." anak tudung saya mana mak?.
Mak segera lupakan jeritan semalam... "Tu laaa... lain kali jangan sepah barang2."

Dan sekarang bila mak buka pintu bilik anak2...😔😔😔 ada katil yg dah kosong. Tmpt sangkut baju pun... sikit jer bajunya.

Apa yg tinggal hanyalah kesan kenangan dan bau kamu semua pada bantal, tilam, dinding dan sekitaran.  Mak boleh cam mana satu bau anaknya.  Tiap2 anak punyai bau istimewa masing2. Jadi... mak pun hidu udara bilik tu sedalam2nya untuk hilangkan rindu pada anak2.

Apa yg tinggal sekarang adalah memori gelak tawa tangis dan aneka perangai anak2. DAN JUGA... kehangatan badan anak2 dibawah pelukannya masa kecil dulu.
Hari ini rumah mak bersih. Kemas dan teratur.
Tapi ia seindah padang pasir yang x berpenghuni.
Buka dan tutup pintu pun sendirian. Dulu selalu jerit... suruh anakanak2 buka atau tutup.
Kamu semua dah ada dunia sendiri.
Dan mak/abah sentiasa memohon... YA ALLAHHH...peliharalah anak2 ku walau dmana jua mereka berada. Sesungguhnya kau maha pengasih lagi penyayang.

Nikmatilah waktu yg sedang dijalani sekarang kerana hari ini akan menjadi sejarah pada esok hari...

Dedicated to all parents... Kehidupan kita sekarang...😀

Friday, December 23, 2016

No tv, no astro, no hp

No TV, No Astro, No HP ...
Susulan posting saya kelmarin tentang seorang pelajar yang skor 10A tanpa tuisyen serta tiada TV, seorang rakan beri komen berikut yang juga menarik. Sila teliti dan ambil pengajaran.

"Pelajar saya..ayah engineer, mak pensyarah tengah buat PHD. Rumah tk ada tv. Anak2 takda fon.Tapi anak2, MasyaAllah.. cemerlang.. akademik dan akhlak.

Saya pernah tanya kat rumah buat ape.. dia kata kat rumah banyak berkomunikasi antara ahli keluarga. Maknanya tk ada tv dan fon mereka lebih banyak bersembang sesama keluarga. Dan masa lapang mereka membaca.

Salah seorang adiknya minat dan berbakat menulis,si ayah belikan laptop untuk tujuan mengasah minat dan bakat anak tersebut, Pelajar saya cerita adiknya dah berjaya menulis beberapa buah cerpen2. Saya tak nampak mereka ketinggalan kerana tiada tv dan smartfone,tetapi mereka mendahului rakan2 lain kerana banyak membaca.

Sangat respect dengan mereka."
(JFMY)

Thursday, December 22, 2016

Cara Scammer buat duit

Simple illustration mcm mana scammer buat duit dan macam mana ramai orang tertipu...

Cara cilaka bikin kerja..
Mari jadi  ‘scammer’:

1. Saya mempunyai modal cash sebanyak RM100,000. Saya buka satu syarikat/skim yang ada tawar 3 pakej pelaburan kepada orang ramai:
A. Gold - RM400
B. Platinium - RM4,000
C. Diamond - RM40,000

2. Untuk early stage bukan mudah untuk menarik pelabur, stage pertama adalah strategy untuk menjadi 'trusted'. Pada permulaan ramai orang ragu-ragu dan takut ditipu tapi nak tahu. Kebanyakan orang ramai yang suka mencuba akan letakkan pakej yang paling minima iaitu Gold - RM400. Pakej Gold ini dijanjikan akan dibayar RM100 sebulan selama 3 bulan, dan pelaburan ini akan matang pada bulan ke-4, dan mereka mempunyai pilihan untuk mendapat RM800 (keuntungan) dan pakej akan segera ditamatkan. Contohnya 1000 orang masuk, total collection yang saya dapat adalah sebanyak RM400,000. Duit ini cukup digunakan untuk membayar habuan bulanan pelabur selama 4 bulan. Duit modal Saya RM100,000 digunakan untuk membayar sebahagian kecil mereka yang stop pada bulan ke 4. Kalau 100 orang stop saya kena keluar RM800 x 100 = RM80,000. Apa ada hal keluar sikit modal saya, janji saya dapatkan trusted mereka. Tengok nanti bagaimana saya ‘makan' duit mereka balik.

3. Psikologi emosi dimainkan waktu ini dimana pelabur akan menjadi tamak sebab dengan hanya menunggu lagi 5 bulan mereka akan mendapat RM3600 disamping RM100 bulanan. Kebanyakan mereka tidak akan stop pada bulan ke 4 tersebut kerana mereka menanti habuan yang lebih lumayan di hadapan. Maka mereka mengambil pilihan teruskan habuan bulanan RM100.

4. Pada bulan keempat tersebut pelabur-pelabur sudah termakan 'trusted' dengan dana tersebut disamping sebahagian kecil yang stop dan dapat RM800 tersebut menjadi bukti kononnya skim itu adalah sangat-sangat 'trusted'.

5. Waktu ini kepercayaan terhadap skim ini akan menebal. Maka berbondong-bondonglah diajak keluarga, rakan office, sahabat handai, orang kampung melabur bersama kerana taksub dengan keyakinan tersebut. Diajak joint venture, kumpul modal ramai-ramai dan melabur.

6. Make it short. Contoh 1000 orang tadi yang sangat yakin dan dipukau dengan 'Trusted Scheme' upgrade kepada pakej Diamond - RM40,000. Duit tu mungkin dari joint venture, kumpul duit orang, personal loan, jual harta, pinjam 'Along'. RM40,000 x 1000 = RM40,000,000.

7. Senangnya saya nak dapatkan RM40,000,000 (Rm40 juta!) dengan hanya membayar nilai lakonan 'Trusted'. Bila dah dapat duit, masa ni saya dah boleh istihar macam-macam kepada pelabur-pelabur saya. Paling senang kena rompak, kena tipu atau pecah amanah (tuduh jer sesiapa dalam syarikat dan jadikan kambing hitam). Dan saya tak mampu pulangkan modal pelaburan tersebut kepada pelabur pelabur. Untuk meredakan amarah pelabur saya, saya minta tempoh 6 bulan untuk selesaikan & recovery, cukup 6 bulan Saya minta extent Lagi 6 bulan. Lama-lama mereka putus harap dan pasrah duit mereka telah hangus (disini saya akan mainkan sentimen agama sikit seperti rezeki itu Allah yang tentukan). Mereka akan lupa hari demi hari.

Jika anda rasa penulisan ini memberi kesedaran dan manfaat kepada anda, haruslah di “kongsikan” bersama orang lain agar ianya tersebar luas dan dapat manfaat bersama. Dipersilakan SHARE & TAG RAKAN ANDA di ruangan di bawah. Moga Allah merahmati perjuangan kita. (C&P)

Wednesday, December 14, 2016

Tyre blowout

*TYRE  BLOWOUT  IS  FATAL*

The fatal accident on 11 December 2016 along LPT2 which claimed 6 innocent lives was truly a gruesome reminder of what may happen to any of us. May the families involved find solace and may their departed ones be in Allah's care.

Media reports said that the vehicle experienced a tyre burst or blowout, which caused it to lose control. Worried that such an accident might befall my family, relatives and friends, I decided to seek information on what are the potential causes of a tyre blowout and how to react when faced with one.

Causes of a Tyre Blowout :

1)  About 3/4 of tyre blowouts are due to under-inflation of tyres. Under-inflated tyres suffer excessive flexing and overheating. On long journeys, especially on highways, make it a habit to do visual inspection of your tyres before starting your journey and after every rest stop.

2) Old tyres that are 5 years/40,000 kilometers (25,000 mi) old have higher risk of a tyre blowout.

3) Prolonged high-speed driving on highways cause tyres and the air within them to heat up and expand. It is good to take a short break after a few hours of driving to let the tyres and brakes cool down. It will also give the driver a chance to refresh and visually inspects the car and tyres before continuing the journey.

4) Tyre damage, cuts and bulges can also cause a tyre blowout. Hitting roadside curbs, road dividers and large potholes can damage tyre sidewalls. Manufacturing defects can also cause tyre to deform and bulge. Periodically inspect tyres for these deformities.

5) Vehicle overload can also cause a tyre blowout. Ensure that your tyre load index specified on the sidewall and vehicle payload capacity are never exceeded. Tyre load index ranges from an index of 62 for a 265 kg load to an index of 126 for a 1700 kg load.

6) Driving at speeds above the speed rating of your tyres can cause tyre blowouts. Observe the speed rating of tyres recommended by your car manufacturers. These are tyre speed ratings and (maximum speed in kph) of tyres : N(140), P(150), Q(160), R(170), S(180), T(190), U(200), H(210), V(240), Z(240+), W(270), Y(300).

7) Bald tyres can also be the cause of tyre blowouts. The legal limit for tyre tread depth is 1.6 mm across 75% of the tyre width. Sometimes, tyres can wear off unevenly. While the outside treads still looks good, the inside treads may have worn out.

8) Temporary or shoddy puncture repair work can also contribute to a tyre blowout. The "mushroom and plug" type repair is the most recommended.

9) The vehicle's stability control programme (e.g. ESP) are lifesavers in a tyre blowout situation. Consider this when shopping for your next car.

How to Handle a Tyre Blowout

1) Do not slam on the brake pedal. Most people will tend to slam the brakes in an emergency. However, hard braking is the worst thing you can do in a tyre blowout as this will unstabilize the moving vehicle and throw it out of control. You may use engine braking by shifting to a lower gear. Apply your brakes lightly when your vehicle has slowed down.

2) Do not also abruptly take your foot off the accelerator. You should maintain accelerator input momentarily, before releasing it gradually. The deceleration force from a blown out tyre is so strong that it will slow down your car rapidly. If you have engaged cruise control, be sure to disengage it immediately.

3) Your car will be pulled in the direction of the blown out tyre. Try to keep the vehicle pointed straight. Cornering or turning with a blown tyre will greatly upset the car’s composure.

4) Do not attempt to over-correct. A sharp yank of the steering wheel can result in a vehicle spin and rollover.

Of course, this is all easier said than done. However, it may help to be aware of these pointers so that God may help us to react accordingly in the event of such an emergency. Stay safe on the road. Yes, you may share this posting if you wish.

Cnp

Thursday, December 8, 2016

Babies need tummy time

Babies NEED tummy time!

At 11 months old, this little cutie should have a nicely rounded head, developed S curves in his neck and low back, and flexible legs that move in and out of various sitting positions.

But, largely due to lack of time on his tummy and OVERUSE of "baby containers" such as bouncy seats, swings, and car seat carriers that go from car to grocery store to restaurant, he has positional plagiocephaly (flat skull) a big ol' C curve in his spine preventing him from getting on hands and knees to crawl, and hips and legs so tight he can't even straighten his knees! And these are only the outwardly visible problems...too much pressure on baby's spine and vision centers of the brain from lying on their backs are detrimental to development!

So....tummy time, tummy time, tummy time! Do it!

ADDITIONAL INSIGHT:
Tummy time IS absolutely important for development! It doesn't have to be on the floor, but can be on the caregiver's chest, supported over their lap or bent knees, or on a nursing pillow for younger babies. Many of the comments we've read are stating babies shouldn't be placed in "unnatural" positions or those they can get out of.

As developmental therapists, we specialize in the timeline of babies moving from the flexion posture (fetal position) through anti-gravity extension. The ONLY "natural" position for a baby is flexion.  If you lay an infant on their back, i.e. In extension their arms flail and they think they're falling (this is the Moro reflex) and is why we swaddle babies to keep their arms and legs tucked in close like they were in the womb.

The flexion tummy time provides is in fact very safe and natural. We urge you to find a specialist in your area if your baby struggles with reflux and isn't tolerating tummy time that can help develop strategies that will promote being off of their backs. AGAIN, this post is directed to parents and caregivers of babies who are typically developing and not those with special needs or other medical diagnoses.

The baby in the picture fits this description. It is not meant to be judgmental but informative on what CAN happen. We are so pleased that it has opened up conversation between parents and health care providers to help prevent these issues from occurring.

Mata Juling rawat

12 FAKTA TENTANG MATA JULING ANAK YANG WAJIB IBUBAPA TAHU! IA MUNGKIN ANAK ANDA!

================================================
Oleh: Mardiana Mat Ishak

Kalau anda tengok kanak-kanak pakai cermin mata, apa reaksi awal anda?

“Ishh.. kecik-kecik dah dah pakai spek!”

“Ni mesti banyak bagi main ipad atau tengok hp ni!”

Kan? (Sebab ini reaksi kebanyakan orang :) )

Ok.. Kalau and baca 12 fakta ni, saya yakin persepsi itu akan berubah sama sekali!

Cerita dia begini.

Anda pernah tengok kawan atau orang yang kita kenal ada setengahnya kita tengah bercakap dengan dia, tapi mata tengok tempat lain? Ataupun ada sebelah mata tengok kita sebelah mata tengok lain?

Keadaan mata yang macam tu ada sebab rupa-rupanya. Dalam istilah perubatan optomology ia dipanggil strabismus.

(Saya bukan doctor pakar mata, jadi harapnya Dr atau Optometrist atau  mereka yang terlibat dengan mata ni dapat betulkan jika saya silap memberi penerangan. Boleh tambah jika ada info yang kurang. Saya terangkan dalam Bahasa yang lebih mudah difahami orang biasa :) ). Boleh juga refer gambar yang saya berikan dibawah.

1. Jenis Juling

Strabismus ini dalam Bahasa mudah kita adalah juling. Rupa-rupanya juling ini pun ada banyak jenis. Ada yang jenis dua anak mata ketengah, ada yang jenis sebelah mata melihat keluar, ada yang jenis mata melihat ke dalam.

2. Pantau Mata Bayi

Pernah tengok kadang-kadang mata bayi juling? Sebenarnya untuk bayi bawah 6 bulan, ia adalah normal. Kerana pada peringkat ini, keadaan mata bayi masih masih belum matang dan masih melalui proses perkembangan. So, jangan risau sangat. Tapi boleh mula take note dan boleh bawa pergi check. Kemungkinan akan ada.

3. Rawatan Bawah umur 7-8

InsyaAllah dengan rawatan awal strabismus masih boleh dirawat. Peluang lebih cerah jika kanak-kanak tersebut berumur dibawah 7-8. Kerana waktu ini fasa perkembangan mata mereka masih awal. Otot mata masih lembut dan boleh dibentuk.

4. Kekal Selepas umur 7-8 tahun

Tapi menurut Dr. kalau sudah melepasi berumur 7-8 tahun agak sukar dan mungkin boleh jadi permanent!

5. Rawatan Awal- Check

Rawatan awal adalah Dr akan check mata terlebih dahulu. Untuk kanak-kanak yang masih belum kenal huruf, mereka akan gunakan alat khas untuk check. Beberapa alat permainan untuk menarik perhatian kanak-kanak tersebut untuk fokus melihat. Gambar mata akan diambil. Power mata akan di check. Dari situ Dr apat melihat jenis dan sejauh mana keadaan mata tersebut.

6. Juling vs Vision

Rupa-rupanya juling dan vision adalah berbeza. Tapi saling berkaitan. Juling melibatkan otot mata yang memegang bebola mata. Vision pula melibatkan gambaran pada titik tumpu kornea mata. Ia berkaitan dengan masalah rabun.

7. Apa yang berlaku pada Vision kanak-kanak yang juling?

Apabila melihat sesuatu objek, sebelah mata melihat dan hantar gambaran ke otak. Sebelah mata lagi yang bermasalah tidak dapat kenal pasti apakah objek yang dilihat.

Kalau gambaran 3D pula contohnya, sebelah mata melihat gambar rumah, sebelah lagi melihat gambar pokok, gambaran yang terlihat di otak adalah gambaran bertindih antara pokok dan rumah.

8. Rawatan Dengan Cermin Mata

Untuk merawat rabun supaya titik bertumpu pada tiitk normal, maka perlulah memakai cermin mata. Jika tidak, memang dia tidak Nampak dan tiada rekod disimpan di dalam otak. Ia akan berkait rapat dengan pembelajaran pada masa akan datang.

9. Rawatan Dengan Tutup Sebelah Mata

Disamping memakai spek untuk merawat rabun, mata yang ok perlu ditutup untuk memaksa penggunaan mata yang bermasalah. Sebabnya, jika mata tu tidak dipaksa, lama-kelamaan otak tidak akan menerima arahan dari mata tersebut. Ia akan menyebabkan lazy eyes. Ini yang akan menyebabkan permanent pada mata yang tidak digunakan. Tutup mata perlu dibuat selama 2 jam sehari (boleh selang ikut minit atau 2 jam direct) selama 2 bulan berturut.

10. Proses Berterusan

Selepas proses tersebut, Dr akan melihat perkembangan dan maklumkan apa yang perlu dilakukan seterusnya.

11. Punca Strabismus

Saya pernah tanya pada Dr. Kenapa boleh berlaku? Saya risau juga adakah kerana tidak cukup stimulasi vision masa bayi? Atau kerana tengok handphone ? (sebab kalau nak kata sebab yang ni, anak saya tidak pernah bermain game atau tengok handphone pun). Ayat sentap Dr tu, “Sebab Allah nak bagi.” Haha..amik kau, Sentap!. Baik Doktor. Insap!

Sebenarnya kata Dr, samada, keturunan, kecederaan pada otot mata atau memang asal masa lahir telah mempunyai power yang tinggi.

Allah… patutlah kadang-kadang kita tengok ada yang kecil-kecil sudah pakai spek kan. Masa di hospital, siap ada yang baby lagi. Kasihan pulak rasanya. Tapi itu semua takdir Allah. Kita redha dan terima hakikat dan mencari alternative atas kapasiti kemampuan manusia.

12. Doa

Demi Allah, setiap apa yang berlaku Allah boleh bagi, Allah boleh Tarik. Benda yang Allah telah Tarik, ada yang Allah bagi balik. Masa awal-awal anak saya disahkan mempunyai strabismus, saya agak down, sedih dan sukar juga untuk menerima hakikat. Tapi saya ingat yang itu sahaja dan pasti ada hikmah. Alhamdulillah saya redha dan pasrah. Saya hanya berdoa semoga Allah sembuhkan mata anak ini. Mohon doa kalian yang membaca ini juga. Supaya sembuh normal dan boleh lalui fasa-fasa perkembangan dan pembelajaran seperti biasa.

===============================

Saya ceritakan perkara ini kerana kes ini berlaku pada anak saya. Awalnya ingatkan dia main-main buat-buat juling. Apabila masuk 3 tahun ni, nampak semakin ketara. Kalau tengok biasa memang tak perasan pun. Tapi kalau fokus tengok sesuatu, kita akan nampak. Saya terus bawa jumpa Dr pakar mata. Oh.. rupa-rupanya itu yang berlaku. Nisbah 1:25 kanak –kanak mengalami strabismus.

Saya ingat pesan mak untuk sentiasa ajarkan doa pada anak, “Allahumma’afini fibadani, Allahumma ‘afini fi sam’iy, Allahumma ‘afini fi basari”..” Ya Allah sembuhkan mata Sofieyya… bagi Sofieyya boleh lihat ciptaan Allah..boleh baca al-Quran..”

Hikmahnya pada saya, Alhamdulillah mungkin lepas ni susah sikit nak dengar orang kata, “Wah…cantiknya mata coklat!”. “Wow cantiknya warna mata! Tak payah pakai contact lens dah!”.( sebab dah cover dengan spek :) ) .

Secara peribadi, bila saya dengar orang sebut macam tu, saya kurang selesa. Hanya senyum. Dalam hati saya hanya sebut “Alhamdulillah…haza min fadhli rabbi (ini semua dari kemuliaan dan kelebihan tuhanku”. Tapi saya tahu mungkin mereka tidak tahu. Sebab Rasulullah saw pernah sebut tentang penyakit “ain” ni. Boleh google apa itu penyakit “ain”. Adakah ini sebabnya? Wallahu’alam.

Nasihat saya, kalau anda melihat wajah comel seorang kanak-kanak, atau kecantikan seseorang atau mana-mana anggota badan eg mata, jangan lupa sebut, “MasyaAllah!, cantiknya”. Sebut masyaAllah tu bukan nak bajet alim atau acah-acah alim! Tapi untuk ingatkan diri kita untuk kembalikan segala kecantikan itu kepada YANG MENCIPTA. DIA boleh bagi, DIA boleh ambil balik.

Akhir sekali, saya harap lepas ni, kalau kita lihat ada kanak-kanak yang memakai cermin mata, jangan simply kata, “ni mesti banyak main ipad dengan tengok hp ni!”, “Ni mesti banyak tengok tv ni!”, “Ish… kecik-kecik lagi dah pakai spek?”, “Eh kenapa kecik-kecik lagi bagi pakai spek?”. Ia juga boleh berlaku kepada anak anda atau keturunan anda.

Kalau sebab mata rabun anak berpunca daripada ibubapa yang berikan ipad atau hp, itu mungkin kesilapan mereka. Tetapi kalau sebab semulajadi begini, ia adalah tidak adil.

Untuk ibubapa yang kemungkinan anak mempunyai masalah yang sama, harap bersabar. Senyumlah ya!. Sebab saya pernah kena dengan ayat-ayat sinis diatas. Hehe… Mungkin mereka tak berniat pun. Cuma nak tahu. Tapi Nak cerita nanti panjang, so senyum jelah dan kata masalah mata.

Nak “memaksa” pakai spek dan tutup mata bukannya senang untuk umur kanak-kanak sebegini. Terpaksa umpan dan jenuh berkali-kali pujuk dahulu baru nak. Pernah sekali tu masa baru-baru lagi, dia ada sebut dengan nada sedih, “Ummi..Allah bagi Sofieyya mata juling”..Allah sedih dan sayu saya dengar.. “Takpe, insyaAllah nanti baiklah kan? Kita doa banyak-banyak kat Allah ok”. Angguk. Senyum.

Semoga info ini sedikit sebanyak membantu. Doktor kata ramai parents yang tidak tahu. Mungkin mereka rasa normal atau fikir akan baik sendiri. Segeralah berjumpa pakar mata (optomology) kalau anda dapati anak anda mempunyai tanda-tanda seperti yang saya sebutkan tadi.

Saya ke Hospital Ampang (Pakar Oftomology), sebab salah seorang Dr Pakar disitu kawan suami (Dr. Israq). kemudian Dr. refer check details di Klinik Pakar Mata K.C. Chu di Bangunan Umno Lama. Masuk klinik ni rasa macam masuk zaman 70-an-80-an. :) Tapi Dr dia memang pakar dan sangat bagus  dan memudahkan penerangan.

Segan mahu menulis entri ini sebenarnya. Tapi saya rasa bertanggungjawab untuk sebarkan maklumat ini kepada ibubapa diluar sana. Hanya dengan ilmu dan ikhtiar, sekurang-kurangnya kita membantu mereka untuk memberikan harapan demi masa hadapan anak-anak ini. InsyaAllah

Sampaikanlah info ini kepada ibubapa diluar sana. Kita bantu apa yang mampu. Terima Kasih.

Salam Hormat,

Mardiana Mat Ishak
www.SmartSuperwoman.com

#LifeBalanceCoach
#SmartSuperwoman

Gajet dan anak

Isu gajet datang lagi. 😂
.
Sebenarnya ramai juga yang menulis kepada saya tentang isu ni.
Kalau tak ipad, smartphone.
Kalau tak smartphone, TV.
Games, upin ipin, boboiboy, robocarpoli, yada yada..
Basically semua ni adalah screen exposure yang boleh menyebabkan ketagihan kalau tak dikawal pendedahannya.
.
So!
Bagi saya, dalam bab ni kita kena faham satu rule penting--
.
Sekali kita dah mulakan pendedahan terhadap sesuatu yang best kepada anak, kita perlu expect dan BERSEDIA untuk mendedahkannya berkali-kali lagi selepas tu.
.
Contohnya,
Bila kita start bagi anak gajet,
sila bersedia dan expect anak akan minta lagi benda tu lepas tu.
Bila kita start bagi anak makan fastfood/junkfood,
sila bersedia dan expect anak akan minta lagi fastfood lepas tu.
Bila kita start mengalah dengan anak bila dia tantrum,
sila bersedia dan expect anak akan buat lagi macam tu selepas tu, bila dia mahukan sesuatu.
Bila kita start bagi anak makan gula-gula,
sila bersedia dan expect anak akan suka dan minta lagi gula-gula lepas tu.
.
Benda ni bagi saya, lumrah.
Manusia sukakan benda-benda best dan suka ambil jalan mudah.
Kita pun sama kan?
Bila dah biasa makan sedap, dah susah nak tolerate dengan makanan biasa-biasa.
Bila dah biasa pakai branded, dah susah nak tolerate dengan pakaian biasa-biasa.
Bila dah biasa naik BMW, dah tak selesa naik Kancil.
ITU CONTOH.
Saya tak cakap korang pun camtu.
Korang semua low profile i knowww wadeverrr.. ;D
.
Tapi itu lumrah.
Manusia sukakan benda best.
So sama lah dengan anak-anak.
Sekali kita bagi dia rasa, dia akan ingat dan mahukannya lagi.
.
So camane nak buat?
Always think before u start exposing your child to something.
If you decided to expose it, don't forget to set your ground rules to limit / control the exposure.
Andddd BE FIRM WITH YOUR RULES!
.
Ok kembali kepada isu gajet.
Saya pernah sebut dalam blogpost sebelum ni,
always make gadget as your last option.
Nak keep the child busy, gadget last option.
Nak bagi positive reinforcement, gadget last option.
Nak bagi anak entertainment, gadget last option.
Selagi boleh substitute dengan benda lain, substitute!
.
It's not that gajet ni tak boleh dedahkan langsung.
Tapi are you ready to face the consequences selepas itu?
If not, hold dulu.
Kalau boleh prevent masalah, better prevent.
Kan?
.
Tapi kalau dah terrrrrrbagi,
dan anak dah terrrrrketagih,
sila ambil langkah pencegahan secara berperingkat macam yang saya pernah share kat sini:
http://saatakukaupilih.blogspot.my/2015/03/8-cara-kawal-anak-daripada-ketagih-tab.html
.
Saya dulu pun jaga anak kecil sorang-sorang tanpa bantuan.
Mandi berak apa semua tak tutup pintu tandas.
Damn terpaksa cerita. -____-
Memang tak mudah. Anak clingy, menangis, meronta.
Nak berak pun susah. Hergh.
.
So saya buat camane?
Biarkan saje.
Let him cry sekejap, kita pergi la mandi ke berak ke apa.
Tapi make sure kita boleh nampak dia.
Setakat nangis 3-5 minit ok je.
Bagi saya, that's how children learn.
Lama-lama dia akan faham dan boleh tolerate bila maknya nak mandi ke apa.
Maknya pulak jangan la mandi sampai 2 jam.
Memang nak kena luku dengan kepala paip namanya tu. ;D
.
All you need is sedikit kesabaran dan kekuatan hati.
Jangan cepat sangat bagi gajet sebab tak sanggup tengok anak menangis,
tapi at the end of the day kita sebenarnya memudaratkan perkembangan mereka.
Ada some psychologists cakap,
too much screen exposure actually killing the child slowly.
Of course kita taknak macam tu, kan?
.
Rasulullah saw pun pernah pesan,
dalam bab apa saje termasuk bab parenting,
amalkan kesederhanaan.
Takut nanti anak susah nak tolerate dengan perubahan bila keadaan mendesak.
Contohnya, macam kes ipad ni lah.
.
Sila tahu yang anak-anak ni mempunyai kemahiran memanipulasi yang sangattttt dahsyat.
Mereka akan buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang mereka mahukan.
Daripada cara paling halusss sehingga cara yang paling saiko.
Tu yang kengkadang diorang tantrum tahap mak bapak sekali ikut tantrum ;D
.
So we as parents memang kena FIRM dengan prinsip masing-masing.
Ribut petir datang pun tak goyang prinsip.
Of course, nak buat sesuatu perubahan akan ambil masa. 
Baru try sehari dua, pastu tengok anak macam tak boleh jugak survive tanpa ipad, kita dah mengalah, terus bagi ipad balik.
Oh kamonnn. Memang tak la.
.
Anak ikut kita atau kita ikut anak, sepatutnya?
So bertindak sekarang before it's too late.
Good luck!

Cnp

Sunday, December 4, 2016

Proven Ways to Restore Your Eyesight

9 Proven Ways to Restore Your Eyesight
A basic principle of medicine is that if you don’t use a muscle it becomes weaker.

Just like any other muscle, you need to train the muscles of your eyes and keep them in good working order. We at Bright Side have put together a selection of nine proven ways to do this.

1. Avoid overstraining your eyes during the day. Close your eyes for a few minutes, and enjoy the peace once every 2-3 hours.

2. Here are 16 basic well-known exercises you can use to give your eyes a workout. Do them each day in the order indicated.

© healthjournal365  
3. If you wear glasses, reduce the time that you have them on if you can. Take them off more often.

4. Give your eyes a massage with the help of gentle circular motions. Move through points 1 to 6 as shown in the image below.

© healthjournal365  
Use your middle and index fingers to press on your eyes. You should feel slight pressure, but definitely not pain, when you perform the actions.

5. When you are out for a walk in the open air, try to look into the distance more often rather than focusing on your own legs or immediately in front of you.

6. Drink carrot juice as often as possible (preferably every day).
If you want to achieve the maximum benefit from this practice, add one or two drops of olive oil to it. It won’t spoil the taste, but it will help you absorb the healthy elements in the carrot juice more effectively.

7. When your eyes feel tired, wash them with warm water.

8. Try not to stare at the screen of a computer, TV, or smartphone for at least two hours before going to bed.

9. Try out the Indian Trataka exercise for the eyes. It will help your eyes and your mind to stay focused.

Sit facing a small stationary object placed in an open space (a candle, for example). Focus your eyes and all of your attention on it. Try not to blink. You should aim to have a firm, detailed image of the object in your mind and memory.

Then close your eyes, and focus your attention on the space between your eyebrows, trying to keep the image of the object in your head for as long as you can. Do this for around 10 minutes.
The aim of the exercise is to achieve a clear image of something before your eyes become tired.

Saturday, December 3, 2016

Bahaya anak dan gajet

Peringatan buat diri yg lupa. BETAPA SENANGNYA ANAK DARA KITA ORANG NAK MENGORAT SEKARANG..

Apabila Anak Perempuan Baru Tingkatan 2 Dapat Hadiah Smartphone Canggih! Warkah Terbuka Untuk Mak Ayah Yang Sayang Anak.
Anda ada anak gadis. Umurnya sekitar 14 tahun (Tkgtn 2). Manis & Sedikit cantik.

Bagaimana budak lelaki boleh 'tackle' dia?

1) Masa di sekolah: dalam dan luar kelas.
2) Dlm perjalanan rumah-sekolah-rumah, kecuali mak/ayahnya hntar dia.
3) Barangkali petang: aktiviti ko-Kurikulum.
4) Mungkin 2-3 kali seminggu ke tuisyen.
5) Atau ketika aktiviti hujung minggu di sekolah.
Ternyata terbatas. Memang terhad. Syabas anak anda terkawal.

TETAPI...

kini tidak lagi.
Sepanjang masa anak gadis anda terdedah.
Anytime, Anywhere.
Mana-mana budak, remaja, malah dewasa lelaki boleh hubungi & berbicara dgn anak gadis anda tanpa anda ketahui.

Yes, yes, yes. That's true. Very true.
Sampai ke bilik tidurnya!
Sampai jam 12 tengah malam,
Sampai boleh berbicara bersemuka,
Sampai boleh lontar ayat2 pujuk rayu,
Sampai boleh pujuk dia tunjuk semua yg ada pada dirinya termasuk yg sesulitnya,
CUMA tak boleh sentuh dan pegang!
Tak apa itu lain kali "bisa diatur"

Bagaimana semua boleh berlaku?
Mudah saja. Puncanya kerana "sayang" anak!!!
Anak 14 tahun.
Malah ada yang 11, 12 tahun sudah diberikan Samsung, Lenovo, Asus, Oppo, Sony ...malah i-Phone.
Nokia 3310 tak main la!
Asalnya nak berinternet, berselfíe, berFB, berWhatsApp, berWeChat, bertelegram, berinstagram.

DAN MENGAPA MAK-AYAH Beli telefon pada anak namun...
— tak pernah pantau
— tak tahu pantau
— tak ada masa nak pantau

Maka tunggulah saatnya.
Bukan dia pandai2,
Dia mungkin akan terikut kawan,
Dia belajar dari kawan.
Lambat laun pasti menyesal...

Anak itu kini boleh dan akan:
1) masuk video Iucah
2) anak p'puan tengok kemaIuan lelaki
3) anak lelaki tengok kemaIuan p'puan
4) tonton video Iucah
5) nampak semua jenis aksi
6) Seks lelaki sama p'puan
7) Seks p'puan sama p'puan
8) Seks laki sama laki
9) Seks sorang p'puan 2-3 lelaki
10) terima video dihantar orang lain
11) kekadang dia juga hntr kat orang lain

Itu belum masuk:
1) foto berahi
2) cerita berahi

Anak yg tersangkut fenomena ini:
1) Lupa sasaran.
2) Lupa pelajaran.
3) Ditakuti lupa Allah SWT.

Berikan telefon KONONnya:
1) anak senang contact ibubapa.
2) ibubapa mudah contact anak.
3) takut ada kecemasan.
4) konon anak nak bicara hal pelajaran dgn rakan2.

Namun...itu tidak lagi berlaku hari ini.

Setelah baca setakat ini masih relaks, tak rasa risau, bimbang @ takut anaknya memiliki handphone...
entahlah I'm dumbfounded.

Mak ayah perlu fikir 99 kali sebelum:
- izinkan anak miliki handphone.
- berkata "tak apa" anak aku tak camtu.

Sayang anak ...kawal
Sayang anak ...tegas
Sayang anak ...renung dalam posting ini.

Berbahagialah bagi ibu bapa yang dapat bertegas mengawal anak2 remaja kini..bukan senang..mak ayah kena kuat.. Takut selangkah lagi nak ke syurga.. malaikat tarik kaki.. nanti dulu.. anak panggil, isteri panggil..
ADUUHHH..!!!

P/s : Sekadar pengajaran buat kita semua_
#ustaz hasnan

Wednesday, November 30, 2016

Rumah pertama tanpa modal

Sambungan cerita Staff Wajib Beli Rumah.

Cerita semalam 3 orang staff + seorang anak sedara beli rumah. Saya wajibkan mereka beli rumah seawal 6 bulan bekerja. Kami carikan hartanah subsale 20% below market value.

Saya pasti ramai yang tak faham caranya.

Semua mereka adalah fresh graduate diploma dan degree. Bank tiada masalah untuk memberikan pinjaman kerana CCRIS report adalah "virgin". Tiada istilah beli rumah tanpa modal sebenarnya. Setiap pembelian perlukan modal. Booking dan deposit permulaan di keluarkan oleh syarikat. Apabila bank disburse harga mark up, barulah diambil semula bahagian deposit itu.

Kesemua hartanah yang dibeli terletak dikawasan "prime location" dengan kadar sewa premium. Walaupun telah di "mark up" harganya, "installment" bulanan masih boleh di "cover" dengan sewa.

Inilah maksud sebenarnya, beli hartanah tanpa modal dan tidak perlu membayar "installment" bank. Tidak perlu tergugat untuk ditolak gaji dan sebagainya.

Staff saya ada 5 orang. Anak sedara pula ramai. Saya haramkan mereka untuk membuat "personal loan" sebagai pinjaman pertama dalam hidup mereka.

Mereka punya pilihan, samada beli rumah + kahwin serentak atau beli rumah sahaja kemudian beli kereta. Pinjaman pertama adalah penentu "milestone" dalam perancangan jangka panjang kewangan anak - anak muda zaman sekarang. Betul langkah, cerahlah masa depan kewangan masing - masing.

Bersambung....

Cnp

Tuesday, November 29, 2016

Dakwah kasih sayang

KETIKA SESEORANG DAHAGAKAN KASIH SAYANG, KENAPA KAMU PAKSA DIA DENGAN FATWA?

Maulana Tariq Jameel hafizahullah adalah seorang ulama yang Allah swt berikan kepadanya kepetahan dalam berbicara dan hikmah yang sangat tinggi dalam berdakwah. Tidak hairanlah orang ramai sanggup bersafar beribu-ribu kilometer semata-mata untuk mendengarkan ceramah-ceramah beliau. Dan setiap ceramahnya dihadiri ratusan ribu orang dari pelbagai tempat.

Dalam sebuah bayannya, beliau menceritakan:

Ketika saya menunaikan haji beberapa tahun lalu, saya mendapat berita yang Ameer Khan juga datang untuk menunaikan haji. Saya berniat untuk menyampaikan dakwah kepada beliau, tetapi saya tiada jalan untuk bertemu dengannya kerana saya tidak mengenalinya dan dia juga tidak mengenali saya. Sehinggalah Allah swt telah hantar kepada saya Shahid Afridi (Pemain Kriket no 1 Pakistan). Shahid memang rakan kepada Ameer Khan.

Sebelum Shahid membawa saya bertemunya, beliau berkata kepada saya: "Maulana, kamu hanya memunyai masa setengah jam." Saya berkata "Baiklah setengah jam". Ketika saya masuk bertemunya, beliau kelihatan sedikit gelisah. Mungkin beliau berfikir "Habislah aku, maulana ni datang misti untuk tegur perkara-perkara yang aku buat sebelum ni. Kemudian paksa aku supaya bertaubat." Mungkin sebab inilah Ameer Khan kelihatan seperti tidak selesa ketika itu.

Setelah bersalaman dan bertanya khabar, maka saya mula bercerita tentang filem kepadanya. Beliau melihat saya dengat sangat hairan. Beliau berfikir, "Maulana ni biar betul, mula-mula cerita tentang Deelep Kumar, kemudian tentang Raaj Kaapor, kemudian masuk cerita Mehboob Saab, kemudian Madhan Mohan pulak..."

Tuan-tuan sebelum Allah swt bagi kepada saya hidayat, ketika di zaman kolej, saya sangat suka menonton filem. Semua filem dari tahun 1960 sampai 1972 ada dalam kepala saya. Bahkan setelah saya berbicara dengan Ameer Khan, saya simpulkan bawaha saya lebih arif tentang filem-filem era 60' dan 70an berbanding Ameer Khan sendiri.

Kemudian setelah cukup 30 minit, saya berkata "Owh masa saya sudah habis, sekarang sudah setengah jam..." beliau menjawab "Eh tidak apa-apa maulana, saya masih ada banyak masa, jemputlah makan bersama saya".

Di meja makan juga saya tidak bercerita apa-apa tentang agama. Setelah berlalu 40 minit, dan saya melihat Ameer Khan sudah mula selesa, kami bertukar-tukar cerita dengan ceria serta tidak ada lagi ketegangan di wajahnya, barulah saya berkata, "Saudara, sekarang kita sama-sama datang ke Mekkah ini untuk menunaikan haji, kalau saudara mahu, saya boleh ceritakan tentang hajinya Rasulullah saw". Beliau memjawab," Ya sudah tentu maulana, saya juga memang mahu mendengar tentang haji Rasulullah saw ".

Maka barulah saya mula menyampaikan dakwah kepada beliau, saya bercakap sehingga hampir 2 jam. Tidak ada sedikit pun riak wajah bosan di wajah beliau. Beliau mendengarkan dengan penuh minat. Setelah itu, ketika saya mahu pulang, beliau hantar saya sampai ke pintu hotel. Dan berkata, "Maulana datanglah lagi nanti. Saya akan meluangkan waktu 5-6 jam untuk maulana!".

Dan sampai sekarang Ameer Khan masih terus menghubungi saya, bertanya kabar, dan meminta doa. Beliau pernah berkata kepada saya: "Maulana, dalam hidup saya , saya tidak pernah merasa kagum kepada sesiapa pun, tetapi selepas berjumpa dengan kamu, saya sangat kagum dengan kamu."

Adakah saya telah mengunakan apa-apa jampi? Tidak! Saya hanya menggunakan kasih sayang! Apabila kamu menggunakan kasih sayang, semua orang akan mendekati kamu! Ketika seseorang dahagakan kasih sayang, kenapa kamu paksa dia dengan fatwa?

- al-kilawi

Management

ADAKAH ANDA micromanager A? JIKA YA, anda perlu berhenti

"Sila micromanage saya," kata tidak ada orang - lamanya.

Mungkin, dengan kanak-kanak, ini dipanggil keibubapaan yang baik. Walau bagaimanapun, apabila ia datang untuk menguruskan sebuah pasukan atau syarikat - gaya pengurusan ini akan dapat melepaskan diri dan demotivate pekerja.

Sebagai seorang pemimpin, sudah tentu anda tidak boleh membiarkan kakitangan anda melakukan apa sahaja yang mereka mahu dan perlu ada sedikit kawalan. Walau bagaimanapun, ia adalah penting untuk mengiktiraf garis halus antara menjadi micromanager dan pengurus hands-on. Jadi, yang manakah anda?

Micromanager micromanager: Quick Self-cek Seperti kebanyakan micromanagers, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka melakukannya. Mari kita bersikap jujur, mempunyai apa-apa yang pernah digunakan untuk anda:

Sentiasa mahu tahu di mana semua ahli pasukan anda dan apa yang mereka usahakan. Memberitahu pekerja apa yang perlu dilakukan, bagaimana dan bila untuk melakukannya. Apa-apa keputusan, walaupun orang-orang kecil perlu melalui anda terlebih dahulu.

Terdapat sedikit atau tiada perwakilan kuasa yang diberikan kepada pekerja anda. Input yang diberikan tidak mempunyai nilai. Pekerja menghabiskan lebih banyak masa melaporkan kemajuan mereka daripada bekerja pada projek. Kesangsian atau kedua-meneka pasukan anda.

Elakkan bercuti kerana anda bimbang pejabat akan runtuh tanpa anda. Berikan menyalahkan kepada seseorang, apabila perkara yang tidak pergi seperti yang dirancang. Rasa seperti anda mengetahui kebanyakan (jika tidak semua) pada masa itu. Jika anda menjawab "ya" untuk lebih daripada beberapa situasi di atas, anda boleh berada di jalan ke sisi gelap. Tetapi, ia adalah okay. Selalu ada ruang dan masa untuk berubah. Bagaimana Untuk Menjadi Hands-on Manager Hands-on Pengurus

# 1 Menjadi pendengar yang aktif

Biasanya, tahu-it-semua pemimpin enggan mendengar kepada sesiapa, tetapi dia / dirinya. Percaya bahawa pasukan anda adalah pintar dan berkebolehan. Terbuka kepada idea-idea yang berbeza dan bertanya soalan untuk kejelasan. Mereka mungkin positif mengejutkan anda, jika anda membiarkan mereka. Anda perlu dapat melihat kebijaksanaan dalam cadangan atau pendapat orang lain. Kami telah bercakap tentang perkara ini sebelum ini dalam artikel kami sebelum ini.

# 2 Set jangkaan, tanpa menetapkan

Menetapkan jelas, matlamat yang boleh diukur menjadikan apa yang diharapkan dari seorang pekerja jelas. Itu yang berkata, ada perbezaan antara berkongsi jangkaan itu dan menetapkan bagaimana untuk sampai ke hasil itu. Tugas anda sebagai seorang pemimpin adalah untuk menetapkan dengan jelas syarat-syarat kepuasan bagi apa-apa tugas yang anda berikan. Walaupun ia adalah penting untuk menyatakan dengan jelas apa yang anda menjangka keputusan akhir untuk kelihatan seperti, tidak memberi A arahan Z tentang bagaimana untuk sampai ke sana. Lagipun, bagaimana anda boleh mengharapkan pasukan anda untuk belajar jika mereka tidak mendapat peluang untuk melalui jalan yang diri mereka sendiri?

# 3 Mengutamakan apa yang penting

Mulakan dengan menentukan apa kerja adalah penting bagi anda untuk terlibat dalam dan apakah barangan yang kurang penting. Selain itu, kita lihat pada senarai tugasan anda untuk melihat jika terdapat apa-apa kerja yang belum selesai yang boleh diwakilkan kepada ahli-ahli pasukan anda. Ini juga akan membantu ahli-ahli pasukan anda mempelajari kemahiran baru, meningkatkan prestasi anda secara keseluruhan dan membolehkan pasukan anda untuk mengisi jurang apabila terdapat situasi kecemasan.

# 4 Panduan lanjut, kurang

Hentikan menghabiskan masa anda memantau setiap detail minit bagaimana kerja yang sedang dilakukan. Sebaliknya, memastikan ahli-ahli pasukan anda berada di laman yang sama tentang bagaimana kerja akan terungkap dan mendaftar masuk secara teratur tentang kemajuan. kunci tidak lebih daripada melakukannya dan memohon nombor titik 3. Anda perlu disediakan untuk tujuan anda sebagai sumber, mewujudkan peluang pembelajaran dan pengajaran akauntabiliti.

# Kemajuan 5 Monitor dengan terhad daftar masuk

Hanya kerana anda tidak micromanaging, itu tidak bermakna anda benar-benar berlepas tangan sama ada. Jadual pemeriksaan konsisten dan perlu, supaya anda boleh pastikan anda berada pada halaman yang sama. Walau bagaimanapun, kemas kini berterusan boleh mengurangkan produktiviti, kerana ahli pasukan mempunyai untuk menghentikan apa yang mereka lakukan untuk berinteraksi dengan anda. Plus, anda akan membina satu budaya yang tidak sihat, di mana pasukan anda hanya melakukan perkara-perkara untuk mendapatkan anda di luar bahu mereka.

Dasarnya adalah ... dalam persekitaran perniagaan hari ini tangkas, pantas, ia adalah penting untuk mempercayai, melepaskan, dan memberi kuasa kepada pasukan anda untuk mengambil pemilikan dan menjalankan tugas mereka.

Tips berniaga MAHA 2016

#MAHA2016
TIPS 4: PERNIAGAAN YANG MAMPU BERTAHAN SEPANJANG MAHA2016

Dalam posting terdahulu saya ada kongsikan pengalaman peniaga yang sangat hebat datang berdagang dari utara tanpa duduk di hotel mewah mahupun homestay.

Apakah bisnes mereka?

Mereka menjual air balang dan bebola goreng yang dicucuk lidi.

Sangat simple.

Setup ala ala sahaja. Tetapi persembahan barang jualan mereka sangat mengiurkan.

Air balang mereka berbelas jenis dengan macam macam warna 

Setiap 2 jenis balang ada 1 orang pemuda yang bertugas.

Dibelakang mereka berkotak kotak cawan plastik.

Disebelahnya pula disediakan beberapa talam buluh penuh meninggi berpuluh jenis bebola, tauhu, sosej, udang,sotong celup tepung semuanya dicucuk lidi.

Sebiji kuali besar tak putus putus menggoreng biarpun sudah nampak sangat banyak terhidang namun masih menggoreng

Kenapa mereka buat begitu?

Ini adalah permainan mata.
Apabila kita melihat pilihan air sangat sangat banyak, peratus pelanggan yang datang ke gerai lebih tinggi dari gerai sebelah yang hanya letak 2 ke 3 balang sahaja.

Apabila kita melihat makanan menimbun tinggi dan panas panas digoreng, kita akan ambil bukan 1 jenis tetapi lebih dari itu.

Betul tak?

Tauke itu pula dengan sengaja memberi bekas raga yang agak besar serta penyepit kepada kita.

Ah tak kan nak beli 1 sahaja kut.

Asal datang sahaja pelanggan hampiri gerai terus dia serahkan raga tu, walaupun niat untuk tengok tengok akhirnya terjerat juga.

"Haaa.. pilih pilih.. macam macam ada.. panas panas.."

Cair jiwa raga dengan ayat yang power tu.

Dah siap pilih pilih, bungkus sekali dengan air.. wow gelas besar tu.. tak ada gelas kecik..

Bila sebut harga ... tersentak jugak mak..

Tapi dah dibungkus dan memang kehausan dan kelaparan bayar juga la.

Kenapa pelanggan beli walaupun harga mahal?

>>. Kawasan pameran MAHA sangat sangat luas.
Datang seawal pagi, balik lewat petang pun tak habis pusing.
Banyak aktiviti yang memenatkan..
Berjalan, mendaki bukit, anak tangga yang tinggi, bergayutan ditrem memerlukan tenaga yang banyak.

Pengunjung mahu lawat sebanyak tempat yang boleh dan mahukan yang mudah dan cepat untuk mengalas perut .

Pilihan air balang dan cucuk cucuk sangat popular.

Apa keuntungan kepada peniaga tersebut.

Bercerita dari pengalaman di MAHA sebelum ini, pengunjung yang datang berjuta jumlahnya membuatkan gerainya menjadi sambutan hangat.
Setiap 2 jenis air memerlukan 1 orang yang bertugas untuk melancarkan tugas.
Cepat dan perkhidmatan cekap.

Air batu, jus cordial bancuhan tersedia dibelakang

Air batu bertong tong.
Lori ais standby tak jauh darinya 
Apabila agak tenang, saya cuba cungkil rahsianya.

Katanya harga jualan di karnival tak sama dengan jualan di pasar malam.
Air pasar malam boleh dapat rm1 tapi di karnival rm2.. pun orang beli.

Cucuk cucuk sebatang rm1 dijual rm2 pun tak kisah.

Patutlah dia tak letak tanda harga.
Ini yang saya tak setuju dengan dia.

Kita ambil contoh yang baik baik sahaja.

1. Dia kurangkan kos penginapan dan perjalanan dengan tidur disurau dan tidak berulang alik.

2. Beliau sediakan sebiji motor untuk urusan runner pembelian barang terdesak (MAHA tentukan  waktu peniaga punggah barang sebelum 7.30 pagi dan balik selepas 10.30 malam)

3. Kos sarapan dapat dijimatkan dengan masak ala kadar

4. Masalah pekerja lari tetiba dapat dikurangkan dengan tenaga pekerja  adalah dari sanak saudara sekampung jauh diutara.
(Nak lari, lari le.. nak balik dengan apa?)

5. Pekerja pekerja sudah mahir dengan tugas masing masing kerana sudah diajar sejak kecil ikut pak saudara mereka berniaga dari karnival ke karnival yang lain dan tak pentingkan upah kerana mereka tahu ada bonus menanti jika laku keras.

6. Tak perlulah beli baju seragam, bunting banner syarikat nanti pengunjung ambik gambar dan viralkan mahal sangat.. hehe ☺

7. Sebiji freezer pun tak payah?
Tak perlu pun, pihak ais dengan sukacitanya memberi pinjam tong ais kuning seberapa banyak pun dengan syarat beli ais dengan dia.
Bebola bebola itu pun tak perlu masuk freezer, masuk tong dan tuang ais.. selesai.

8. Bebola yang tak laku masuk dalam plastik ikat getah dan masuk tong ais.
Letak ais sampai penuh,
Esok keluarkan dan panas balik dalam kuali dan jual.. ho ho 😮

9. Modal sampai Rm25k? Haha senyum kambing je le.
Sosej sebatang Rm0.20, sebatang setengah kos Rm0.30 dipasar malam jual rm1 tapi di MAHA jual rm2

Air balang kos rm0.40 jual pasar malam rm1 di MAHA rm2

10. Nak selamat mendapat pulangan balik di MAHA2016 adalah:

i. Cari produk jualan  yang sangat tinggi marginnya
ii. Barang yang pengunjung nak sangat cari
iii. Kurangkan kos sehabis rendah
iv. Tauke perlu ada sentiasa mengawasi operasi

Ini adalah bisnes gaya tauke yang boleh dapat untung cepat dan banyak.

Tips berikutnya saya kongsikan bisnes gaya koporat.

Selamat berniaga.

# tips tambahan:
Pastikan harga jualan terlebih dahulu sebelum setuju untuk beli.
Saya sudah terkena di Kuala Perlis dimana kami makan di salah sebuah restoran sea food,
Pilih, makan dan bila bayar wow rm350.
Tergerak dalam hati kenapa mahal dan tidak pula kami minta senarai lengkap harga.

Selepas makan kami berjalan dan disapa oleh peniaga dihujung gerai deretan yang sama.

Diajak singgah dan beritahu harga ditawarkan dalam rm100++ dan diberitahu gerai "sebelah sana" caj harga sekali ganda tanpa mengetahui kami sudah pun makan disana.

Keesokkan nya, kami singgah di gerai yang mendakwa lebih murah .

Kami lihat harga jualan sama sahaja dengan gerai sebelum ini.

Apa yang kami buat kali ini, kali pilih makanan laut yang kami inginkan sama banyak seperti semalam dan minta dia timbang dan kirakan jumlahnya.

Kami terkejut dengan saiz hidangan yang sama jumlahnya cuma rm160 sahaja

Saya berpuas hati dan tambah lagi beberapa jenis lagi sampai bajet yang telah ditetapkan.

Dimanakah silapnya?

Diri kita sendiri yang tidak mengambil berat jumlah sebenar walaupun terpampang harga didinding.

Cnp

Saturday, November 26, 2016

Men vs women

This doesn't apply to all people around the globe. Maybe some are like these but not all. Stop making conclusions like this about a person's personality or being. It takes a very long time to entirely know a single person. Never use this as a basis on how you're going to look at a person. We are unique and different in a beautiful way.

Wednesday, November 23, 2016

Gajet untuk anak

Kredit: Puan Aidil Rajiah (penulis buku 3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna)

Benda ni saya tak pernah lagi cerita online, kat blog, FB, atau kat mana-mana penulisan saya.

Tapi saya selalu share dalam talk yang saya hadiri.
Bukan nak simpan rahsia ke apa.

Cuma bila nak cerita pasal benda-benda bodoh yang kita pernah buat dulu,
saya prefer cerita direct depan muka, supaya orang lebih faham mesej yang saya nak sampaikan.

Kalau dalam bentuk penulisan, orang lebih mudah menghukum, misinterpret dan nampak yang negatif berbanding yang positif.
-____-

So bismillahirrahim, begini kisahnya.

Anak saya, Haikal..

Masa Haikal kecik, dalam tahun 2012—2013, saya tengah dalam pengajian di peringkat PhD.

So faham-faham je la busy dia cemana.

Kita pulak masa tu muda lagi, tak banyak ilmu.
Fikir nak senang, nak seronok je.

Dan tetiba ditakdirkan pulak saya menang satu contest (tak ingat contest apa),
dan hadiahnya ialah ipad.
Yeayyyyy!!
Welcome to gadjet addiction! ;D

Dan sebagai ibu yang sangat mencintai anaknya, maka saya hadiahkan lah ipad itu kepada Haikal.

Siap wallpaper, screen saver, semuaaaa muka dia. -___-
Padahal masa tu umur Haikal baru setahun lebih.

Dan saya yang "educated lah sangat" ni pun mula lah download segala "educational video" dalam ipad tersebut.

Phonics songs lah, nursery rhymes lah, upin ipin lah, superwhy lah, etc.

Saya selalu jugak ditegur oleh kawan-kawan yang ambil jurusan psikologi.
Diorang kata gajet ni tak bagus untuk anak-anak bawah 12 tahun.

Tapi dengan angkuhnya, saya beri alasan seperti yang selalu digunakan oleh kebanyakan ibu bapa di luar sana, "Anak saya behave bila ada gajet. Gajet memudahkan kerja saya. Gajet membantu perkembangan anak saya. Terima kasih gajet!"

Walaupun hakikatnya, BULLSH*T!

Dan alhamdulillah, dengan gajet jugak, saya boleh tumpukan kepada pengajian PhD saya. Sementara anak berkawan dengan gajet. ;D
Dan beberapa bulan juga berlarutan begitu.

Gajet Gajet Gajet.

Sampailah saya mula perasan sesuatu yang tak kena dengan behaviour haikal.
Tantrum dia lain macam, cara dia menangis lain, semua lain.

And luckily, saya ibu yang agak observant.


So saya pun bawa Haikal pergi jumpa child psychiatrist, dan guess what, Haikal was suspected as autistic.

And what causes it, was the excessive screen exposure.


Masa tu doctor beritahu tu, jantung saya terus berhenti.
Dunia saya gelap.

Saya peluk anak saya kuat-kuat.

Saya baru sedar apa yang saya dah buat kat anak saya selama ni.
AND THAT WAS MY TURNING POINT.

I quit my PhD, and paid back the scholarship.

Dan itu bukan keputusan yang mudah memandangkan saya dah dalam tahun ketiga pengajian.

Tapi sebab saya terlalu rasa bersalah, dan nak tebus semula segalanya,
maka saya rasa itulah keputusan yang terbaik.

Dan sekarang, bila saya flashback, dan lihat diri saya dan Haikal pada hari ni,
alhamdulillah memang itu lah keutusan yang terbaik.
:)

Ok sambung cerita tadi, lepas Haikal was suspected by the specialist, Haikal kena buat 3 stages of early intervention di sebuah special school.

Dan untuk pengetahuan, early intervention adalah tidak murah.

Tapi itu lah yang terpaksa kami lakukan, untuk tebus kesilapan kami dan rawat semula anak kami.
T____T


Di special school tu, saya terkejut dan menangis tengok ramaiiiii rupanya anak-anak yang suffer disebabkan oleh excessive screen exposure (pendedahan skrin berlebihan).

Ada yang autistic, ada yang saraf tak berfungsi, ada yang muscle & bone problem.

Allahuakbar.

Bermula dari situ lah saya mula berhubung dengan ramai child psychiatrist dan tanya mereka tentang ilmu perkembangan kanak-kanak.

Saya mula beli macam-macam buku yang berkaitan dan baca.

And some of you yang sedang membaca ni pun mula kenal saya sejak saya mula menulis tentang apa yang saya baca dan belajar dari child psychiatrist. :D
Alhamdulillah.

At least benda ni bukan saje dapat bagi pengajaran kepada saya, tapi juga kepada pembaca blog saya.

Haikal macam mana sekarang?

Oh he is doing so well, alhamdulillah!

Macam yang korang boleh tengok di Facebook Page dan Instagram saya,
Haikal now is so verbal, active and mempunyai imaginasi yang luar biasa. ;D
Saya bersyukur, sebab Allah sedarkan saya awal, dan saya tak kisah jika kisah malang Haikal ni dikongsikan untuk jadi pengajaran kepada ibu bapa lain.


Sekian tragedi kisah benar yang mungkin boleh buat anda fikir semula dan berhati-hati dalam membuat keputusan yg melibatkan anak-anak.

👆🏿👆🏿Utk yg selalu bagi anak main fon.. Baca dan fahami..👆🏻👆🏻😔

Peranan ayah anak 2 tahun

PERANAN AYAH bagi ANAK DUA TAHUN

Semasa bersembang dengan beberapa ayah muda tempuh hari, seorang itu amat  terkejut bila Ibu mengatakan anak-anak berusia 2 tahun memang akan tidak mendengar cakap. Malah sering mengatakan NO, atau yang sewaktu dengannya.

Dia agak terkejut kerana selama hari ini dia menyangkakan anaknya yang dulu baik dan mendengar kata, sudah mula degil dan macam biadap pun ada katanya.

Ibu katakan kepadanya, "Tak, itu bukan degil ke biadap dan buruk akhlak. Anak itu sedang melalui fasa Individuating...iaitu fasa yang menegapkan kewujudannya. Fasa dimana dia mahu menyatakan dia juga punyai hak memilih. Fasa ini perlu dikendalikan dengan baik, jika tidak ianya akan memberi kesan buruk bila anak itu besar nanti"

Nampak bulat mata si ayah-ayah tu. Soalannya yang seterusnya pula; " sampai bila fasa ni Ibu?" Ibu menerangkan bahawa fasa ini boleh jadi sekejap jer iaitu hingga anak 3 tahun jika ibu bapa dan orang yang mendidiknya bijak mengendalikan fasa ini dengan baik. Jangan cepat melebel anak itu dengan lebel yang buruk sebab itu akan membawa kepada identiti diri anak itu dan pada usia 3 tahun, anak itu akan mengambil identiti yang sering diulang terhadap dirinya. Contoh, 'budak degil, hiperaktif, jahat, nakal dan segala yang sewaktu dengan itu!

"Tak boleh marah ke Ibu?" tanyanya lagi..."marah berpatutlah jika perlu sangat...tapi perlu faham anak pada usia ini belum faham pun. Jika ada benda bahaya ambil sahaja dia dari situ dan tunjukkan benda yang selamat. Jika dia meronta, pegang jer dan sooth him...jangan kita pulak sama nak naik berang. Memang anak pada usia akan menangis bila disekat anginnya. So, just expect that without thinking anak itu degil atau anda ayah atau ibu yang bodoh. It is just a phase...so chill a little bit :) <3"

"Zaman dulu mak ayah tak pun sibuk akan fasa ni? Ada juga yang berkata begitu." sambungnya lagi. Jawapan Ibu, "siapa kata?"

"Sayang ingat ke macamana sabar emak ayah kamu mendidik? Mungkin ingat sikit-sikit ayah dukung atas bahu bawak pergi tengok burung, buah etc...itu bukankah cara si ayah mengalihkan pandangan supaya sayang tak menunjukkan tantrum...emak ayah dulu pun tahu dan ramai diantara mereka sangat sabar...mereka sering berkata...ala budak...kan? ada jugalah yang tak tahu dan tak sabar...itulah yang anak-anak mereka kemudiannya ada masalah emosi sikit dan mungkin banyak... nak pilih contoh yang mana?" tanya Ibu kepada yang bertanya tadi.

Termenung jugalah para ayah muda yang prihatin tu...kata-kata akhir seorang tu..."Eh, banyak kena tahu ni....besar tanggung-jawab ni." " Nanti Ibu cerita lagi boleh?" Ibu menganguk bersyukur.

Ibu senyum bersyukur dalam hati Ibu mendoakan mereka. Inilah contoh para Ayah yang senantiasa mahu memperbaiki diri demi kesejahteraan anak-anak dan isteri dan mereka ini tahu peranan besar mereka mendidik dan membentuk Ummah.

Fb ibu rose

Tegas. bukan ugut anak

"Pergi mandi sekarang, nanti mak buang semua mainan!"

Kawan aku kata, ni antara silap paling besar ibu bapa di Malaysia ni.
Aku ada seorang kenalan ni, anaknya sangat dengar kata, tak melawan cakap.
Sejuk saja hati tengok. Aku pelik, nak kata kawan aku ni garang, tak juga.
Tak pernah aku tengok dia jerit pada anak dia.
.
.
Aku pun cuba korek rahsia dia. Sebab aku tengok anak-anak orang lain, menjerit menangis melawan tu perkara biasa. Tapi anak dia tak.
Mula-mula dia buat lawak, dia kata sebab baka dia. Aku gelak saja masa tu.
Tapi lepas tu dia mula kongsikan sesuatu yang aku tak pernah terfikir pun selama ni.
.
.
"Orang kita ni kerap sangat ugut anak perkara yang dia takkan buat pun"
Aku pun dengar saja apa dia cuba katakan. Dia sambung.
.
"Ko selalu dengar tak, mak ayah yang ugut anak dia nak letak dalam hutan lah, nak buang semua mainan dia lah, nak bagi tinggal dengan orang gila lah?"
Aku anggukkan saja. Sebab memang aku kerap dengar ungkapan macam tu.
.
.
"Tapi pernah ko tengok mak ayah tu betul-betul buang semua mainan, letak anak dia dalam hutan?"
Aku gelengkan kepala. Sebab pada aku, tiada ibu bapa yang sanggup buat macam tu. Kawan aku sambung lagi.
.
"Ko rasa apa yang anak ko akan rasa, bila ko kerap ugut perkara yang ko takkan buat pun? Mak ayah selalu rasa anak ni terlalu kecil untuk faham. Ini silap besar kita. Anak-anak kecil kita sangat bijak sebenarnya. Bila kita kerap ugut macam tu tapi tak buat pun, dari hari ke hari, anak-anak akan anggap kita ni cakap tak serupa bikin."
.
"Setiap kali mak ayah buat macam tu, sikit demi sikit anak akan hilang rasa hormat dan kurang takut pada apa kita cakap. Dalam fikiran depa, buat apa takut, mak ayah dia bukan akan buat pun. Gertak je lebih, tapi habuk pun tarak!"
.
"Ugut anak kata, pergi kemas mainan, kalau tak, mama tak bawa pergi McD. Tup tup, anak dia tak kemas, tapi petang tu mama dia bawa juga pergi McD tu. Anak-anak akan fikir yang buat apa depa nak ikut cakap, sebab kalau tak ikut pun, dapat juga apa dia nak!"
Aku mula nampak sesuatu yang selama ni aku tak terfikir. Patut ramai anak-anak kurang hormat apa yang ibu bapa suruh buat. Kawan aku sambung lagi.
.
.
"Kita duk sibuk kata menteri tu cakap tak serupa bikin, lepas tu kita pun jadi hilang hormat pada pak menteri. Macam tu juga anak-anak. Kita cakap tak serupa bikin, anak-anak pun mula hilang rasa hormat pada percakapan kita"
Panjang lagi kawan aku tu kongsi cerita dia. Tapi aku dah ingat-ingat lupa. Ayat-ayat atas ni pun aku taip lebih kurang ikut apa aku ingat saja.
Tapi bawah ni aku ringkaskan apa nasihat dia pada ibu bapa yang nak anak-anak yang dengar cakap.
.
.
1. Tak perlu jadi pemarah, cukup jadi tegas. Ada beza antara marah dan tegas. Ibu bapa sekarang ramai suka marah tapi tak tegas. Bab jerit no 1, tapi cakap selalu tak serupa bikin.
.
2. Jangan suka ugut anak dengan perkara yang kita tahu kita takkan buat pun. Kalau nak ajar anak pasal consequences pun, pastikan cakap apa yang kita akan buat saja.
Contoh, 'Pergi mandi sayang, kalau tak nanti mama tak bawa pergi taman petang ni'. Kalau dia tak buat, tak perlu marah, tak perlu jerit. Tapi bila sampai petang, jangan bawa pergi taman. Walaupun dia menangis jerit masa tu.
Biar anak kita tahu, kita bukan pemarah tapi kita tegas. Setiap apa kita cakap, kita buat. Dia akan mula hormat dengan apa yang kita cakapkan. Walaupun tanpa menjerit.
.
.
3. Katakan anak kita cuba merayu minta maaf kata dia tak buat lagi. Dia janji. Lepas tu dia minta bawa pergi taman hari yang sama dia buat salah tu juga, jangan bawa. Walaupun dia dah minta maaf.
Kata pada dia, "hari ni sayang dah buat salah, mama tak bawa pergi taman. Kita tengok esok, kalau sayang dengar kata, kita pergi esok."
Esoknya bila kita suruh mandi, dia akan mula teringat, semalam mama papa dia betul-betul tak bawa pergi taman. Hari ni kena dengar cakap.
.
.
4. Bila anak dengar kata, berikan reward. Jangan hanya tahu nak ugut bila dia tak dengar kata tapi tak berikan reward bila dia dengar kata.
.
.
5. Jangan lupa berdoa pada Allah swt. Usaha kita ni asbab saja, yang bagi rezeki anak dengar kata tu, Allah swt. Bukan kita sendiri.
.
.
6. Suami isteri kena saling bekerjasama usaha tegas begini. Tak boleh salah seorang saja. Katakan isteri tegas, suami tak tegas. Anak-anak akan pandang ibunya tu tak best, ayahnya best. Anak-anak akan lebih rapat dengan ayah sebagai jalan dia lepaskan diri dari ketegasan si ibu.
Kata kunci adalah bersama-sama. Ia takkan menjadi jika hanya salah seorang saja yang usaha begini.
.
Walaupun aku tiada anak lagi, tapi aku kongsikan ni sebab aku masih nampak ramai ibu bapa yang masih buat kesilapan ni, tanpa kita sedar pun.
Terima kasih sahabat. Pada ibu bapa di luar sana, jom share post ini supaya lebih ramai dari kita dapat perbaiki diri kita. Supaya anak kita semua juga menjadi anak yang dengar kata. InsyaAllah.

#SHARE

-kredit to Muhammad Zukermi Bin Edi-

Rancang keluarga

"DOKTOR, SAYA NAK IKAT !
______________________________________________

Bagi mereka yang bertugas dibahagian sakit puan dan kebidanan,
ini adalah salah satu perkara yang sering terlepas pandang, menjadi delima dan terkadang terpaksa membuat keputusan yang berkontradiksi antara larangan agama dan anjuran dalam pendidikan perubatan.

Kenapa?
Kerana dalam hal ini
hukum agama dan perubatan tak selalu selari
Dalam falsafah ilmu perubatan, pesakit mempunyai autonomi penuh dalam menentukan apa apa prosedur terhadap dirinya, dan dalam hal ini, meskipun pesakit muda, tidak pernah mencuba kaedah pencegahan kehamilan yang bersifat sementara sebelumnya, dan tidak memiliki risiko kesihatan yang jelas yang dapat membahayakan nyawa seandainya dia mengandung, sebagai doktor kami terpaksa menurut seandainya itu permintaan pesakit.

Sedangkan dalam islam, setiap inci dari batang tubuh kita adalah milik Allah yang hanya dipinjamkan buat sementara
Dan sebagai peminjam, kita terikat dengan peraturan oleh pemiliknya.
Allah melarang kita membuat sebarang perubahan yang bersifat permanen atau kekal tanpa alasan yang syarie kerana Allah telah pun menjadikan diri kita dalam sebaik baik kejadian dan tidak ada bahkan setiap bahagian tubuh manusia melainkan ia pasti ada fungsi atau manfaatnya, tinggal lagi samada Dia memberikan kita ilmu tentang hal tersebut atau tidak. Kerana itulah hal seperti tatoo adalah haram dari segi Islam.

Jika ditinjau dari segi hukum* , dalam menghalang kehamilan, secara garis besar terdapat 2 pendapat utama; yang pertama yang mengharamkan semua bentuk pencegahan kehamilan dan yang kedua adalah yang mengharuskannya (mubah).
Pendapat yang membolehkan merincikan akan tidak haram hukumnya untuk mengatur kelahiran (tanzim al nasal) atas dasar maslahah pembinaan keluarga tapi bukan menghentikan kemampuan untuk bereproduksi secara kekal (tahdid al nasal).
Tahdid Al Nasal hanya diperbolehkan jika menurut ilmu perubatan sebarang kehamilan akan membahayakan nyawa si ibu seperti pesakit dengan luka operasi caesar 3 kali atau lebih, masalah jantung yang dapat mengakibatkan kematian atau sakit serius jika hamil, masalah darah tinggi ketika mengandung yang berulang dan serius sehingga menimbulkan komplikasi seperti sawan dan masalah masalah perubatan lain yang telah dibuktikan dalam kajian ilmiah akan memberikan mudarat yang signifikan pada si ibu sampai bila bila.

Kaedah ikat atau tubal ligation adalah satu prosedur dimana tiub fallopio (fallopian tube) salur dimana menghubungkan sel telur dengan rahim, satu satunya jalan untuk sperma bertemu dengan sel telur (secara normal) diikat samada dipotong dan diikat, atau disepit sehingga salur itu tertutup. Meskipun tidak dipotong dan hanya disepit, bahagian dari tiub yang terhalang darah akan tetap mati dan ini akan memberikan kesan yang bersifat kekal.
Kerana itu menurut NICE, badan perubatan yang aktif melakukan kajian dan mengeluarkan guidelines di UK menggariskan kriteria pertama yang perlu dijelaskan pada pesakit tentang tubal ligation adalah ia bersifat kekal/irreversible.

Dengan perkembangan ilmu pengetahuan, pilihan untuk tanzim al nasal semakin banyak bahkan ada kaedah yang tidak kekal yang kadar kehamilan dengan penggunaan dan pemasangan yang betul jauh lebih rendah berbanding ikat seperti pil dan suntikan (untuk jangka pendek) dan implan (untuk jangka panjang) sekaligus mempersempit rukhsah/ kelonggaran dalam tahdid al nasal.

HIKMAH
Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita.
Apa yang kita ingat terbaik buat masa ini boleh jadi sebaliknya.
Dalam usia saya yang baru setahun jagung dibidang sakit puan ini, setidaknya saya sudah 2 kali menemui kes dimana pesakit datang berjumpa dengan saya, bersungguh sungguh untuk ikat dengan alasan sudah cukup anak dan penat mengandung dan saya kemudian mencadangkan mereka mencuba kaedah lain terlebih dahulu tetapi kemudian mereka dapat juga melakukan prosedur tersebut setelah berikhtiar berjumpa dengan doktor yang lain. 2 pesakit tersebut ditakdirkan berjumpa dengan saya kembali, dengan pasangan hidup yang baru setelah bercerai dalam perkahwinan sebelumnya dan meminta untuk disambungkan kembali tiub mereka.
Kaedah penyambungan kembali mempunyai angka kejayaan yang rendah dan kalaupun berjaya mempunyai risiko kehamilan luar rahim yang sangat tinggi.
Dan saya juga pernah beberapa kali menemui kes dimana meskipun tiub sudah terputus dan memendek selepas diikat, pesakit tetap hamil dan hampir kesemuanya kehamilan luar rahim.

ANJURAN

Untuk Pesakit dan Suami
Kehamilan dan pengurusan keluarga adalah isu yang sudah dihadapi beribu ribu tahun yang lampau. Sedangkan kaedah mengawal kehamilan secara agresif relatif sangat baharu. Perancangan keluarga yang baik bukan hanya mengawal jumlah anak tetapi banyak hal, aspek yang lain. Kalau seandainya perlu menjarakkan kehamilan, konsultasikan dengan doktor apa pilhan yang ada dan semampunya pilihlah yang tidak bersifat kekal sekiranya kesihatan mengizinkan.
Di Malaysia, untuk melakukan tubal ligation, masih memerlukan izin suami, dalam kata lain, jika suami tidak mengizinkan, ia tetap tidak dilakukan. Disinilah penting peranan suami untuk membantu isteri membuat keputusan yang selari dengan kesihatan dan syarak.

Untuk Petugas Perubatan terutama yang beragama Islam
Jangan terlalu cepat menerima usul pesakit apatah lagi mencadangkannya untuk permanent contraception tanpa risiko kesihatan yang jelas. Tak semua risiko hamil bahkan dalam usia meningkat mampu menjustifikasi tindakan sterilization yang kekal. Mungkin pesakit boleh ditawarkan kaedah LARC (long acting reversible contraception) sebelum kita menilai semula indikasi untuk permanent contraception.
Ingat, meskipun ia adalah pemintaan pesakit, tetapi kita tetap punya kuasa yang akan dipertanyakan dikemudian hari jika kita melakukannya.
Adapun untuk ujian peringkat kepakaran, itu ada perbahasan tersendiri dan mungkin sedikit taqiyyah diperbolehkan ;)

Wallahu A'lam

*http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-fatwa/906-irsyad-al-fatwa-ke-146-hukum-merancang-keluarga-kerana-berpendapatan-rendah

Fb khabab

Tuesday, November 22, 2016

Master your business

Ramai orang nak berniaga. Tapi tak tahu apa tujuan sebenar yg nk dicapai. Kdg2 sesat di tengah jalan. Nak share skit apa mentality yg patut businessman kena ada.
.
1. Berniaga bukan sbb nk duit atau fame. Tapi nak bantu org selesaikan masalah org dan bg keperluan emosi org lain. Add value.
.
2. Marketing bukan sbb nk menjual tp niat sbb nk share benefits dan tambah nilai org lain. Add value.
.
3. Business bukan sbb nk kaya tp sbb nak seolah2 nk jual bisnes kita dgn buat sistem dan struktur pastu duit invest. Money makes money - then bantu org lain. Add value.
.
4. Ada staff bukan sbb utk buat kerja dan bg arahan tp sbb nk diorg bertambah nilai kpd company dan org lain. Add value.
.
5. Ada bisnes bukan sbb nk skdar nk penuhi impian kehendak kita. Asbab sbenar bisnes utk penuhi keperluan kehendak org lain yg lebih besar nilai nya. Again add value.
.
Bisnes ni mcm main bola. Manager of course kne ada ilmu. Player mentality kena tiptop. Training kne disiplin. Risk kne pandai ambil. Duit susun betul2. Strategi kena power. Fokus purpose, teamwork, hardwork dan mcm2 lagi.
.
Bukan nye sbb nak jadi boss sgt pun. Ultimately nak ada kebebasan masa, kewangan dan pilihan. We work if we choose to. Not because we have to.
.
Ada masalah? 1st jgn fokus problem. Fokus on what you want.
.
#titaniumpremier
#resultmatters
#masteryourbusiness

Fb ahmad akram

Orang kaya dan berjaya

Menurut kajian, individu kaya dan berjaya terutamanya 'self-made millionaires' mempunyai tabiat mereka sendiri.

1. Sentiasa membuat to-do-list.

2. Bangun 3 jam sebelum mula bekerja, biasanya pukul 4 hingga 5 pagi.

3. Mendengar bahan ilmiah berbentuk audio ketika dalam perjalanan iaitu di dalam kereta, kapal terbang atau keretapi.

4. Menghabiskan masa 5 jam atau lebih setiap bulan untuk ber'networking'. Iaitu berkenalan dan minum kopi dengan usahawan atau individu yang memberi nilai tambah kepada mereka.

5. Menghabiskan masa 30 minit atau lebih setiap hari untuk membaca bahan ilmiah.

6. Menonton TV kurang 1 jam setiap hari.

7. Mempunyai rutin senaman dan mengamalkan pemakanan sihat supaya sentiasa energetik dan otak berfungsi dengan sihat.

8. Suka 'delegate' tugas. Tahu apa yang harus dilakukan sendiri, apa yang harus diserahkan kepada orang lain.

9. Mengurus kewangan dengan baik, peribadi dan syarikat.

10. Mereka gembira dan puas apabila dapat menjayakan orang lain. Mereka kaya dengan mengkayakan orang lain.

.

Tambahan : Syarikat mereka juga menjadi klien dipercayai pembekal, menjadi jenama disukai pelanggan, menjadi majikan pilihan pekerja dan menjadi inspirasi kepada usahawan lain.

.
Nota:

i. Self made millionaires ialah jutawan yang membina kekayaan mereka daripada kosong, bukan melalui pewarisan harta kekayaan generasi terdahulu.

ii. Mereka latih diri untuk mengamalkan tabiat di atas sebelum mereka bergelar jutawan dan disiplin itu kekal sehingga mereka jutawan.

Susu ibu dn susu formula

Tuan2....

Aku tak larang, kalau ko nak campurkan sewaktu tempoh anak ko menyusu badan isteri ko, dgn susu formula, cuma bila ko campurkan akibatnya susu badan akan berkurangan.

Macam ni,

Susu badan ni cepat diurai dlm badan bayi. Sebab tu bayi yg menyusu badan sepenuhnya, akan kerap menyusu. Dan ini bagus, kerana lebih kerap menyusu, lebih banyak susu yg akan dihasilkan drpd badan ibu.

Kemudian,

Bayi yg susu badan sepenuhnya akan smpai satu tempoh depa x berak. Maksimum 2 minggu. Kerana susu badan itu terurai dgn jayanya.

Maka,

Jimatlah duit beli pampers angpa....

Kerana,

Susu formula pula lambat terurai. Badan bayi terpaksa mengasingkan bahan yg perlu dan bahan yg tidak perlu yg ada dlm susu formula tersebut.

Maka,

Bila bayi yg minum susu formula, susu fm itu lambat hadam. So, bila lambat hadam, anak itu tidak akan mintak susu badan si ibu kerana masih kenyang dgn susu fm tadi.

Bila anak x mintak susu, maka badan si ibu akan merekod secara semulajadi bahawasanya permintaan susu sudah berkurangan.

Seterusnya susu ibu yg dihasilkan dari hari ke hari semakin surut. Dan akan terus tiada lagi. Kerana kurangnya demand dan permintaan susu drpd si anak tadi.

Jadi, kaedah yg ada utk topup susu sementara susu si isteri kembali normal ialah dgn cari ibu susu, dan kerapkan memberi susu pada anak.

90% punca ibu2 kekurangan susu adalah disebabkan tekanan emosi.

Maka, utk selesaikan masalah ini, si empunya tuan susu atau suami, perlu bantu jaga emosi isteri.

Bila isteri mula mengadu stok susu yg dipam semakin kurang, suami kena mainkan peranan.

Dan isteri perlu jaga jadual pam. Cthnya setiap 2 jam. Jgn skip.

Belanja makan, basuh baju, memasak, jaga anak semua ni antara kaedah yg kalian sebagai suami boleh gunakan utk bantu isteri tingkatkan pengeluaran susu.

Amek hati, beli jiwa isteri kalian. 2 tahun jer perjanjian darah ini perlu dilunaskan.

Sebab susu FM perjanjiannya 123456 tahun. Huhu....

Owhh... Sebelum aku lupa.

Adalah menjadi kebiasaan kalau bini ang pa tertidur sewaktu menyusukan anak depa. Jgn kejut terus. Biarkan depa rest sekejap.

Sebab ini normal. Hormon ketenangan depa sdg banyak dirembeskan sewaktu menyusukan anak.

Khalasss....

Fb abu hannah

Nikah bawah umur

Perkahwinan kanak-kanak di Malaysia (bawah 18 tahun bagi lelaki Muslim dan bawah 16 tahun bagi perempuan Muslim) yang dilihat tiada masalah sebenarnya adalah  tragedi ummat.

Dari sudut hukum fiqh memanglah tiada halangan, sebagaimana yang dibincangkan oleh majoriti ulama. Namun, jauh melampaui batasan fiqh, perkahwinan kanak-kanak adalah wajah kepada kemerosotan akhlak serta ketidaksamarataan ekonomi dan sosial.

Setelah membaca beratus-ratus fail permohonan pernikahan bawah umur di beberapa negeri di negara ini, kami cuba membuat  kesimpulan berikut:

1. Pendorong utama mereka berkahwin adalah faktor ekonomi. Dalam hampir keseluruhan kes (pengecualiaan beberapa kes), ibu bapa kanak-kanak tersebut berpendapatan rendah. Saiz keluarga dan tanggungan juga besar apatah lagi jika tinggal di kota besar. Masa kerja ibu bapa yang panjang dan bergaji rendah mengakibatkan mereka hilang fokus dalam memberikan perhatian yang wajar kepada anak-anak. Anak-anak 'terbiar' tanpa tahu apa yang mereka sedang lakukan untuk menghiburkan diri dan mengisi masa.
.
Apabila mengetahui anak mereka terlanjur atau sudah terlalu rapat dengan pasangan, ibu bapa nampak itu adalah peluang untuk mereka mengahwinkan anak mereka, terutamanya anak perempuan. Ini kerana ada orang lain yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memberi makan kepada anak mereka. Perkara ini memanglah tidak disebut secara nyata oleh ibu bapa yang memberikan keterangan di mahkamah. Namun, perkara ini boleh dibaca secara tersirat apabila ibu bapa menyebut bakal suami anaknya sudah bekerja dengan gaji sekian-sekian. Biarpun gaji bakal menantu itu kecil, namun ibu bapa tahu itu sudah memadai untuk meyakinkan mahkamah yang anak mereka sudah boleh berumahtangga.

2. Pendorong kedua ialah tidak bersekolah. Hampir majoriti permohonan dibuat oleh kanak-kanak yang tidak bersekolah atau sudah berhenti bersekolah. Dari utara Semenanjung sehinggalah ke pedalaman Semporna, anak-anak ini sudah tidak lagi ke sekolah atas pelbagai sebab yang tidak diberitahu kepada mahkamah. Namun, kita boleh membacanya.
.
Puratanya, terdapat jarak masa antara satu ke dua tahun, yang mereka tidak lagi menjadi pelajar. Mereka mungkin berhenti kerana tidak lagi mampu ke sekolah kerana kos yang besar ataupun tidak lagi berminat dengan sekolah. Mereka tidak mampu kerana kos belanja ke sekolah sangat tinggi. Sebahagiannya ada adik beradik yang lebih muda yang mungkin lebih perlu ke sekolah. Apatah lagi jika prestasi akademik memang tidak memberangsang, maka tindakan ibu bapa memberhentikan sekolah adalah untuk menyelamatkan ekonomi keluarga tersebut.
.
Terdapat juga keterangan yang menyatakan mereka dibuang sekolah. Tidak dinafikan juga terdapat sejumlah kes yang pelajar berhenti kerana telah disahkan mengandung. Malu mahu ke sekolah dengan perut berisi.
.
Apabila kanak-kanak itu tidak bersekolah, mereka mula mencari sesuatu untuk mengisi masa lapang, termasuklah menghabiskan masa dengan teman. Apabila ibu bapa sibuk bekerja (perlu kerja kuat sebab duit tidak pernah cukup), terdapat kanak-kanak yang buat aktiviti seksual di rumah.
.
Sebahagian kanak-kanak lelaki juga bekerja apabila tidak lagi ke sekolah. Namun, faham-fahamlah kuasa ekonominya. Gaji sangat kecil kerana hanya dengan kelulusan UPSR atau PMR. Ini hanya akan melanjutkan pusingan kesusahan dan kemiskinan bandar yang sedang dideritai oleh keluarga mereka.
.
Terdapat juga sebilangan kecil kanak-kanak (boleh dibilang dengan jari) yang menyatakan hasrat untuk mengambil peperiksaan SPM selepas mereka berkahwin. Mungkin mereka tahu peperiksaan itu penting untuk survival ekonomi mereka dan menaikkan taraf ekonomi keluarga mereka.

3. Pendorong ketiga ialah kelemahan kemahiran keibubapaan. Majoriti ibu bapa menyatakan mereka sudah tidak dapat lagi mengawal anak mereka. Anak-anak yang sedang meningkat remaja asyik berkepit, terlalu rapat, selalu keluar bersama terutamanya pada waktu malam. Ramai ibu bapa yang mengeluh dengan memberitahu mahkamah yang mereka sudah tidak mampu mengawal anak mereka atau sudah berbuih mulut menasihati anak-anak mereka.
.
Ibu bapa itu tidak tahu cara dan teknik mengendalikan anak remaja yang sedang galak bercinta. Tiada sebarang keterangan yang mereka mendapatkan khidmat kaunseling remaja ataupun doktor berkaitan kesihatan reproduktif remaja. Dengan mengahwinkan anak, mereka akan melepaskan tanggungjawab mendidik kepada pasangan anak mereka. Masalah ibu bapa selesai!

Ada beribu-ribu kanak-kanak perempuan yang hamil setiap tahun. Yang tidak hamil atau terlanjur mungkin lebih besar dan tidak diketahui jumlahnya kerana tidak berada di bawah pendaftaran mana-mana pihak berkuasa.
.
Namun yang memohon untuk berkahwin hanyalah sekitar 1000 lebih sedikit pada setiap tahun di seluruh Malaysia. Mengapa 1000 lebih ini yang memohon untuk berkahwin sedangkan beribu-ribu yang terlanjur tidak pula berkahwin? Adakah kita mengatakan yang 1000 ini adalah yang paling faham agama dan kuat imannya, lalu pergi ke mahkamah dan jabatan agama untuk menghalalkan hubungan mereka? Tidak.

Jawapannya pada tiga poin di atas. Ribuan yang lain mungkin datang dari keluarga yang mempunyai latar ekonomi yang lebih baik. Lalu mereka memilih untuk duduk di rumah perlindungan gadis hamil yang tumbuh macam cendawan. Atau memilih untuk mengandung terus dan memelihara atau menyerahkan anak itu kepada orang lain.
.
Mereka memilih untuk tidak berkahwin bukan kerana tidak cinta kepada pasangan. Namun, keluarga ada perancangan kehidupan yang lebih baik seperti menghabiskan peperiksaan, peluang kerjaya, menyambung pelajaran dan vokasional. Sebaliknya, keluarga berpendapatan rendah terus memilih untuk berkahwin kerana ada manfaat dan faedah untuk mereka.

Nota: Akta Kanak-kanak 2001 mentakrifkan kanak-kanak sebagai individu di bawah 18 tahun. Undang-undang tidak panggil mereka remaja atau orang muda. Buat adik-adik bawah 18 tahun, anda masih seorang kanak-kanak.

#ChildMarriageInMalaysia

Ini adalah nota penyelidikan. Komen, pandangan dan kritikan dialu-alukan.

Kami dalam perjalanan ke Sarawak. Untuk membaca fail lagi.

Copypaste fb

Friday, November 18, 2016

6a upsr?

You are my superhero !
Aku pernah menulis mengapa pendidikan sekolah rendah JAUH lebih penting dari mana2 tahap pendidikan. Pendidikan sekolah rendah memerlukan supportive environment... dgn  guru yang well trained, bagi menggilap potensi anak yg sgt pelbagai... dgn penglibatan ibubapa... bukannya mencapai deretan As... sebelum mereka melangkah lebih jauh, samada utk menjadi professional atau separa professional...

Di sekolah rendah, anak2 adalah rebung.... khususnya tahap 1,2,3 yg sgt-sgt crucial... kerana potensi anak2 perlu dikenal pasti dan yang ada kelemahan perlu dibantu secara direct - membaca, menulis, mengira, bermoral, berkomunikasi dgn baik, supaya jurang antara yang gifted dan yang kurang dapat dirapatkan. Pendidikan yang adil, mengutamakan support kepada yang lemah, bukan mengutamakan  yang kuat. Bukankah ini juga konsep keadilan Islam?

Aku pernah tulis bagaimana ada sekolah dalam keputusan UPSR tahun 2015 telah menjulang anak2 straight As sebagai "hero", siap dgn banner terbentang depan sekolah, sdg ini bukan tujuan asasi pendidikan, apatah lagi disekolah rendah. Hati aku sendiri terhiris... bukan tidak bangga dgn 20, 30 muka yang terpampang di atas banner tersebut... sgt bangga tetapi semua anak2 adalah kebanggaan ibubapa masing2... regardless As yang mereka dapat, maka  pihak sekolah wajar menunjukkan kebanggaan dgn cara yang berbeza, bukan menjadikan yang As sahaja hero sekolah... Aku tak pasti samada banner yang sama akan terpampang lagi tahun 2016 ini.

Anak2 yang berjaya, adalah yang potensinya tergilap... dan inilah juga kejayaan sekolah, bukan semestinya As. Cara nak menilai pencapaian potensi ini.... terserah kepada pihak KPM. Ternyata, dgn sedikit elemen KBAT dalam UPSR, tiada lagi As yang berderet .. hatta yang kelas2 tuisyen yang selama ini berjaya membimbing anak2 kita mengejar As... tak lagi dapat memaparkan senarai pelajar yang straight As dlm iklan2 mereka utk tahun 2017 akan datang.

Ini adalah antara sebab aku sgt menyanjungi guru2 sekolah rendah aku dulu... SKUR... Pn Maimunah, Mr Chan, Cikgu Zainal, Cikgu Hasan 'Botak' (panggilan glamer beliau) dll yang tak dapat nak aku sebut satu persatu... yang jadikan aku anak penoreh getah yang tak kenal tadika, yang tak tahu lagu twinkle2 liitte star yg hanya kenal A, B, C dan mengira 1,2,3 di Darjah 1... kini dapat menyumbang bakti kepada negara, sedang mereka setia disitu... mengajar anak2 yang baru... you are my real superhero !!

Apa yang aku tulis ini bukan pendapat aku... ini adalah aspirasi falsafah pendidikan negara !

" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi POTENSI individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis......."

OT
Othman talib

10 point untuk menjadikan anak lebih pintar dan berperibadi yang tinggi.


Esok saya akan merasmikan pembukaan sebuah TADIKA di Johor Bahru. Pendidikan awal kanak-kanak sangat dekat di hati saya sebab saya belajar kaunseling dan percaya perkembangan minda dan peribadi  kanak-kanak itu bermula dari pendidikan awalnya.

Saya ingin kongsikan 10 untuk menjadikan anak lebih pintar dan berperibadi yang tinggi.

1.  Berikan makanan yang halal dan bernutrisi (toyyiban). Makanan yang natural dan dimasak sendiri. Galakkan mereka minum air mineral dan makan sayur/buah. Elakkan makanan yang mempunyai kalori yang tinggi (manis) seperti kek, coklat dan minuman dalam kotak.

2. Banyaklah berkomunikasi dengan mereka. Bicara dengan penuh emosi. Jangan malu untuk berkomunikasi dengan cara mereka. Bercakap dengan nada, mimik muka, ketawa dan suara-suara yang mencuit hati mereka.

3. Bermain dengan mereka. Mereka ibarat anak-anak singa yang memerlukan pergerakan fizikal untuk menguatkan otot-otot tubuh mereka. Kita perlu pantau, dan bukan hanya berada di sisi. Memerhatikan keselamatan dan melihat perkembangan mereka. Mereka juga perlukan permainan minda. Soal jawab dengan mereka dan kita akan kagum dengan jawaban mereka. Kita bukan mahu jawaban yang betul, tetapi jawaban yang logik pada tahap pemikiran mereka.

Cuba bertanya "Kenapa kenapa kentut kita busuk?" Tentu kita dapat jawaban yang mencuit hati kita. 

4. Bernyanyi bersama mereka. Dalam perjalanan yang jauh bersama keluarga kita boleh nyanyi bersama-sama, sama ada lagu kanak-kanak, lagu nasyid atau lagu patriotik. Mereka pasti mengenangkan pengalaman ini apabila mereka dewasa.

"Lagu ini lagu kesukaan bapa saya. Kami pernah nyanyi bersama-sama  dalam kereta. Itu saat manis yang saya ingat. Selepas itu ayah saya sentiasa sibuk dan tiada lagi masa untuk saya"

5. Bawa anak berjalan dan ajarkan ilmu baru. Ajak ke tepi rumah dan tunjukkan tumbuhan/haiwan kecil yang tidak pernah dia lihat. Berjalan di waktu malam, dan bertanyakan "mengapa bulan itu bulat?" Temani anak menonton TV. Bila anak menonton TV, luang masa bersama mereka walaupun hanya cerita kartun. Luangkan sedikit masa 10-15 min untuk melayan emosi mereka kita menonton.

6. Ucapkan perkataan yang baik-baik saja di hadapan mereka. Tegur mereka jika mereka menggunakan perkataan yang buruk. Selalu sebutkan perkataan "terima kasih, saya sayang awak" apabila dia melakukan perkara yang baik walaupun kecil. Ajar mereka dengan minta mengulangi perkataan baik depan kita.

7. Selalu memeluk dan mencium anak. Peluk dan cium mereka paling kurang sehari sekali. Apabila kita baru balik rumah dan  mereka telah tidur, peluk dan cium mereka juga. Jadikan rutin hidup. Mulakan dari kecil. Anak yang sentiasa dipeluk dan dicium selalunya akan mengikut kata kita.

8. Dengar rintihan mereka dan beri perhatian. Apabila mereka takut, kita dengar dan bantu. Tidak semua kanak-kanak akan memberikan respon yang serupa. Ada kanak-kanak yang menjadi kuat bila dibiarkan, ada kanak-kanak yang semakin lemah.

9. Perhatikan kebolehan anak dan apa bakat dan kekuatan dia. Ada anak yang cemerlang dalam akademik, ada yang cemerlang dalam kemahiran pertukangan, ada yang cemerlang dalam komunikasi, ada yang cemerlang dalam sukan. Jangan memaksa anak untuk memenuhi cita-cita kita. Tetapi bantu anak memenuhi cita-cita mereka.

10. Perkenalkan lebih dari satu bahasa. Bercakap dengan mereka dalam bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil, Arab, french, Spain etc. Mereka mudah mengingat perkataan-perkataan itu. Otak mereka seperti sponge.

Yang terakhir selalu  doakan anak untuk menjadi manusia yang terbaik. Baca doa depan mereka supaya mereka dapat dengar.

Kecerdasan anak-anak tidak hanya bergantung kepada  faktor genetik, tetapi cara kita mendidik mereka. Semoga bermanfaat.

-Dr Zubaidi Hj Ahmad