You are my superhero !
Aku pernah menulis mengapa pendidikan sekolah rendah JAUH lebih penting dari mana2 tahap pendidikan. Pendidikan sekolah rendah memerlukan supportive environment... dgn guru yang well trained, bagi menggilap potensi anak yg sgt pelbagai... dgn penglibatan ibubapa... bukannya mencapai deretan As... sebelum mereka melangkah lebih jauh, samada utk menjadi professional atau separa professional...
Di sekolah rendah, anak2 adalah rebung.... khususnya tahap 1,2,3 yg sgt-sgt crucial... kerana potensi anak2 perlu dikenal pasti dan yang ada kelemahan perlu dibantu secara direct - membaca, menulis, mengira, bermoral, berkomunikasi dgn baik, supaya jurang antara yang gifted dan yang kurang dapat dirapatkan. Pendidikan yang adil, mengutamakan support kepada yang lemah, bukan mengutamakan yang kuat. Bukankah ini juga konsep keadilan Islam?
Aku pernah tulis bagaimana ada sekolah dalam keputusan UPSR tahun 2015 telah menjulang anak2 straight As sebagai "hero", siap dgn banner terbentang depan sekolah, sdg ini bukan tujuan asasi pendidikan, apatah lagi disekolah rendah. Hati aku sendiri terhiris... bukan tidak bangga dgn 20, 30 muka yang terpampang di atas banner tersebut... sgt bangga tetapi semua anak2 adalah kebanggaan ibubapa masing2... regardless As yang mereka dapat, maka pihak sekolah wajar menunjukkan kebanggaan dgn cara yang berbeza, bukan menjadikan yang As sahaja hero sekolah... Aku tak pasti samada banner yang sama akan terpampang lagi tahun 2016 ini.
Anak2 yang berjaya, adalah yang potensinya tergilap... dan inilah juga kejayaan sekolah, bukan semestinya As. Cara nak menilai pencapaian potensi ini.... terserah kepada pihak KPM. Ternyata, dgn sedikit elemen KBAT dalam UPSR, tiada lagi As yang berderet .. hatta yang kelas2 tuisyen yang selama ini berjaya membimbing anak2 kita mengejar As... tak lagi dapat memaparkan senarai pelajar yang straight As dlm iklan2 mereka utk tahun 2017 akan datang.
Ini adalah antara sebab aku sgt menyanjungi guru2 sekolah rendah aku dulu... SKUR... Pn Maimunah, Mr Chan, Cikgu Zainal, Cikgu Hasan 'Botak' (panggilan glamer beliau) dll yang tak dapat nak aku sebut satu persatu... yang jadikan aku anak penoreh getah yang tak kenal tadika, yang tak tahu lagu twinkle2 liitte star yg hanya kenal A, B, C dan mengira 1,2,3 di Darjah 1... kini dapat menyumbang bakti kepada negara, sedang mereka setia disitu... mengajar anak2 yang baru... you are my real superhero !!
Apa yang aku tulis ini bukan pendapat aku... ini adalah aspirasi falsafah pendidikan negara !
" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi POTENSI individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis......."
OT
Othman talib
No comments:
Post a Comment