Wednesday, November 30, 2016

Rumah pertama tanpa modal

Sambungan cerita Staff Wajib Beli Rumah.

Cerita semalam 3 orang staff + seorang anak sedara beli rumah. Saya wajibkan mereka beli rumah seawal 6 bulan bekerja. Kami carikan hartanah subsale 20% below market value.

Saya pasti ramai yang tak faham caranya.

Semua mereka adalah fresh graduate diploma dan degree. Bank tiada masalah untuk memberikan pinjaman kerana CCRIS report adalah "virgin". Tiada istilah beli rumah tanpa modal sebenarnya. Setiap pembelian perlukan modal. Booking dan deposit permulaan di keluarkan oleh syarikat. Apabila bank disburse harga mark up, barulah diambil semula bahagian deposit itu.

Kesemua hartanah yang dibeli terletak dikawasan "prime location" dengan kadar sewa premium. Walaupun telah di "mark up" harganya, "installment" bulanan masih boleh di "cover" dengan sewa.

Inilah maksud sebenarnya, beli hartanah tanpa modal dan tidak perlu membayar "installment" bank. Tidak perlu tergugat untuk ditolak gaji dan sebagainya.

Staff saya ada 5 orang. Anak sedara pula ramai. Saya haramkan mereka untuk membuat "personal loan" sebagai pinjaman pertama dalam hidup mereka.

Mereka punya pilihan, samada beli rumah + kahwin serentak atau beli rumah sahaja kemudian beli kereta. Pinjaman pertama adalah penentu "milestone" dalam perancangan jangka panjang kewangan anak - anak muda zaman sekarang. Betul langkah, cerahlah masa depan kewangan masing - masing.

Bersambung....

Cnp

No comments:

Post a Comment