Tuan2....
Aku tak larang, kalau ko nak campurkan sewaktu tempoh anak ko menyusu badan isteri ko, dgn susu formula, cuma bila ko campurkan akibatnya susu badan akan berkurangan.
Macam ni,
Susu badan ni cepat diurai dlm badan bayi. Sebab tu bayi yg menyusu badan sepenuhnya, akan kerap menyusu. Dan ini bagus, kerana lebih kerap menyusu, lebih banyak susu yg akan dihasilkan drpd badan ibu.
Kemudian,
Bayi yg susu badan sepenuhnya akan smpai satu tempoh depa x berak. Maksimum 2 minggu. Kerana susu badan itu terurai dgn jayanya.
Maka,
Jimatlah duit beli pampers angpa....
Kerana,
Susu formula pula lambat terurai. Badan bayi terpaksa mengasingkan bahan yg perlu dan bahan yg tidak perlu yg ada dlm susu formula tersebut.
Maka,
Bila bayi yg minum susu formula, susu fm itu lambat hadam. So, bila lambat hadam, anak itu tidak akan mintak susu badan si ibu kerana masih kenyang dgn susu fm tadi.
Bila anak x mintak susu, maka badan si ibu akan merekod secara semulajadi bahawasanya permintaan susu sudah berkurangan.
Seterusnya susu ibu yg dihasilkan dari hari ke hari semakin surut. Dan akan terus tiada lagi. Kerana kurangnya demand dan permintaan susu drpd si anak tadi.
Jadi, kaedah yg ada utk topup susu sementara susu si isteri kembali normal ialah dgn cari ibu susu, dan kerapkan memberi susu pada anak.
90% punca ibu2 kekurangan susu adalah disebabkan tekanan emosi.
Maka, utk selesaikan masalah ini, si empunya tuan susu atau suami, perlu bantu jaga emosi isteri.
Bila isteri mula mengadu stok susu yg dipam semakin kurang, suami kena mainkan peranan.
Dan isteri perlu jaga jadual pam. Cthnya setiap 2 jam. Jgn skip.
Belanja makan, basuh baju, memasak, jaga anak semua ni antara kaedah yg kalian sebagai suami boleh gunakan utk bantu isteri tingkatkan pengeluaran susu.
Amek hati, beli jiwa isteri kalian. 2 tahun jer perjanjian darah ini perlu dilunaskan.
Sebab susu FM perjanjiannya 123456 tahun. Huhu....
Owhh... Sebelum aku lupa.
Adalah menjadi kebiasaan kalau bini ang pa tertidur sewaktu menyusukan anak depa. Jgn kejut terus. Biarkan depa rest sekejap.
Sebab ini normal. Hormon ketenangan depa sdg banyak dirembeskan sewaktu menyusukan anak.
Khalasss....
Fb abu hannah
No comments:
Post a Comment