#MAHA2016
TIPS 4: PERNIAGAAN YANG MAMPU BERTAHAN SEPANJANG MAHA2016
Dalam posting terdahulu saya ada kongsikan pengalaman peniaga yang sangat hebat datang berdagang dari utara tanpa duduk di hotel mewah mahupun homestay.
Apakah bisnes mereka?
Mereka menjual air balang dan bebola goreng yang dicucuk lidi.
Sangat simple.
Setup ala ala sahaja. Tetapi persembahan barang jualan mereka sangat mengiurkan.
Air balang mereka berbelas jenis dengan macam macam warna
Setiap 2 jenis balang ada 1 orang pemuda yang bertugas.
Dibelakang mereka berkotak kotak cawan plastik.
Disebelahnya pula disediakan beberapa talam buluh penuh meninggi berpuluh jenis bebola, tauhu, sosej, udang,sotong celup tepung semuanya dicucuk lidi.
Sebiji kuali besar tak putus putus menggoreng biarpun sudah nampak sangat banyak terhidang namun masih menggoreng
Kenapa mereka buat begitu?
Ini adalah permainan mata.
Apabila kita melihat pilihan air sangat sangat banyak, peratus pelanggan yang datang ke gerai lebih tinggi dari gerai sebelah yang hanya letak 2 ke 3 balang sahaja.
Apabila kita melihat makanan menimbun tinggi dan panas panas digoreng, kita akan ambil bukan 1 jenis tetapi lebih dari itu.
Betul tak?
Tauke itu pula dengan sengaja memberi bekas raga yang agak besar serta penyepit kepada kita.
Ah tak kan nak beli 1 sahaja kut.
Asal datang sahaja pelanggan hampiri gerai terus dia serahkan raga tu, walaupun niat untuk tengok tengok akhirnya terjerat juga.
"Haaa.. pilih pilih.. macam macam ada.. panas panas.."
Cair jiwa raga dengan ayat yang power tu.
Dah siap pilih pilih, bungkus sekali dengan air.. wow gelas besar tu.. tak ada gelas kecik..
Bila sebut harga ... tersentak jugak mak..
Tapi dah dibungkus dan memang kehausan dan kelaparan bayar juga la.
Kenapa pelanggan beli walaupun harga mahal?
>>. Kawasan pameran MAHA sangat sangat luas.
Datang seawal pagi, balik lewat petang pun tak habis pusing.
Banyak aktiviti yang memenatkan..
Berjalan, mendaki bukit, anak tangga yang tinggi, bergayutan ditrem memerlukan tenaga yang banyak.
Pengunjung mahu lawat sebanyak tempat yang boleh dan mahukan yang mudah dan cepat untuk mengalas perut .
Pilihan air balang dan cucuk cucuk sangat popular.
Apa keuntungan kepada peniaga tersebut.
Bercerita dari pengalaman di MAHA sebelum ini, pengunjung yang datang berjuta jumlahnya membuatkan gerainya menjadi sambutan hangat.
Setiap 2 jenis air memerlukan 1 orang yang bertugas untuk melancarkan tugas.
Cepat dan perkhidmatan cekap.
Air batu, jus cordial bancuhan tersedia dibelakang
Air batu bertong tong.
Lori ais standby tak jauh darinya
Apabila agak tenang, saya cuba cungkil rahsianya.
Katanya harga jualan di karnival tak sama dengan jualan di pasar malam.
Air pasar malam boleh dapat rm1 tapi di karnival rm2.. pun orang beli.
Cucuk cucuk sebatang rm1 dijual rm2 pun tak kisah.
Patutlah dia tak letak tanda harga.
Ini yang saya tak setuju dengan dia.
Kita ambil contoh yang baik baik sahaja.
1. Dia kurangkan kos penginapan dan perjalanan dengan tidur disurau dan tidak berulang alik.
2. Beliau sediakan sebiji motor untuk urusan runner pembelian barang terdesak (MAHA tentukan waktu peniaga punggah barang sebelum 7.30 pagi dan balik selepas 10.30 malam)
3. Kos sarapan dapat dijimatkan dengan masak ala kadar
4. Masalah pekerja lari tetiba dapat dikurangkan dengan tenaga pekerja adalah dari sanak saudara sekampung jauh diutara.
(Nak lari, lari le.. nak balik dengan apa?)
5. Pekerja pekerja sudah mahir dengan tugas masing masing kerana sudah diajar sejak kecil ikut pak saudara mereka berniaga dari karnival ke karnival yang lain dan tak pentingkan upah kerana mereka tahu ada bonus menanti jika laku keras.
6. Tak perlulah beli baju seragam, bunting banner syarikat nanti pengunjung ambik gambar dan viralkan mahal sangat.. hehe ☺
7. Sebiji freezer pun tak payah?
Tak perlu pun, pihak ais dengan sukacitanya memberi pinjam tong ais kuning seberapa banyak pun dengan syarat beli ais dengan dia.
Bebola bebola itu pun tak perlu masuk freezer, masuk tong dan tuang ais.. selesai.
8. Bebola yang tak laku masuk dalam plastik ikat getah dan masuk tong ais.
Letak ais sampai penuh,
Esok keluarkan dan panas balik dalam kuali dan jual.. ho ho 😮
9. Modal sampai Rm25k? Haha senyum kambing je le.
Sosej sebatang Rm0.20, sebatang setengah kos Rm0.30 dipasar malam jual rm1 tapi di MAHA jual rm2
Air balang kos rm0.40 jual pasar malam rm1 di MAHA rm2
10. Nak selamat mendapat pulangan balik di MAHA2016 adalah:
i. Cari produk jualan yang sangat tinggi marginnya
ii. Barang yang pengunjung nak sangat cari
iii. Kurangkan kos sehabis rendah
iv. Tauke perlu ada sentiasa mengawasi operasi
Ini adalah bisnes gaya tauke yang boleh dapat untung cepat dan banyak.
Tips berikutnya saya kongsikan bisnes gaya koporat.
Selamat berniaga.
# tips tambahan:
Pastikan harga jualan terlebih dahulu sebelum setuju untuk beli.
Saya sudah terkena di Kuala Perlis dimana kami makan di salah sebuah restoran sea food,
Pilih, makan dan bila bayar wow rm350.
Tergerak dalam hati kenapa mahal dan tidak pula kami minta senarai lengkap harga.
Selepas makan kami berjalan dan disapa oleh peniaga dihujung gerai deretan yang sama.
Diajak singgah dan beritahu harga ditawarkan dalam rm100++ dan diberitahu gerai "sebelah sana" caj harga sekali ganda tanpa mengetahui kami sudah pun makan disana.
Keesokkan nya, kami singgah di gerai yang mendakwa lebih murah .
Kami lihat harga jualan sama sahaja dengan gerai sebelum ini.
Apa yang kami buat kali ini, kali pilih makanan laut yang kami inginkan sama banyak seperti semalam dan minta dia timbang dan kirakan jumlahnya.
Kami terkejut dengan saiz hidangan yang sama jumlahnya cuma rm160 sahaja
Saya berpuas hati dan tambah lagi beberapa jenis lagi sampai bajet yang telah ditetapkan.
Dimanakah silapnya?
Diri kita sendiri yang tidak mengambil berat jumlah sebenar walaupun terpampang harga didinding.
Cnp
No comments:
Post a Comment