Thursday, December 8, 2016

Gajet dan anak

Isu gajet datang lagi. 😂
.
Sebenarnya ramai juga yang menulis kepada saya tentang isu ni.
Kalau tak ipad, smartphone.
Kalau tak smartphone, TV.
Games, upin ipin, boboiboy, robocarpoli, yada yada..
Basically semua ni adalah screen exposure yang boleh menyebabkan ketagihan kalau tak dikawal pendedahannya.
.
So!
Bagi saya, dalam bab ni kita kena faham satu rule penting--
.
Sekali kita dah mulakan pendedahan terhadap sesuatu yang best kepada anak, kita perlu expect dan BERSEDIA untuk mendedahkannya berkali-kali lagi selepas tu.
.
Contohnya,
Bila kita start bagi anak gajet,
sila bersedia dan expect anak akan minta lagi benda tu lepas tu.
Bila kita start bagi anak makan fastfood/junkfood,
sila bersedia dan expect anak akan minta lagi fastfood lepas tu.
Bila kita start mengalah dengan anak bila dia tantrum,
sila bersedia dan expect anak akan buat lagi macam tu selepas tu, bila dia mahukan sesuatu.
Bila kita start bagi anak makan gula-gula,
sila bersedia dan expect anak akan suka dan minta lagi gula-gula lepas tu.
.
Benda ni bagi saya, lumrah.
Manusia sukakan benda-benda best dan suka ambil jalan mudah.
Kita pun sama kan?
Bila dah biasa makan sedap, dah susah nak tolerate dengan makanan biasa-biasa.
Bila dah biasa pakai branded, dah susah nak tolerate dengan pakaian biasa-biasa.
Bila dah biasa naik BMW, dah tak selesa naik Kancil.
ITU CONTOH.
Saya tak cakap korang pun camtu.
Korang semua low profile i knowww wadeverrr.. ;D
.
Tapi itu lumrah.
Manusia sukakan benda best.
So sama lah dengan anak-anak.
Sekali kita bagi dia rasa, dia akan ingat dan mahukannya lagi.
.
So camane nak buat?
Always think before u start exposing your child to something.
If you decided to expose it, don't forget to set your ground rules to limit / control the exposure.
Andddd BE FIRM WITH YOUR RULES!
.
Ok kembali kepada isu gajet.
Saya pernah sebut dalam blogpost sebelum ni,
always make gadget as your last option.
Nak keep the child busy, gadget last option.
Nak bagi positive reinforcement, gadget last option.
Nak bagi anak entertainment, gadget last option.
Selagi boleh substitute dengan benda lain, substitute!
.
It's not that gajet ni tak boleh dedahkan langsung.
Tapi are you ready to face the consequences selepas itu?
If not, hold dulu.
Kalau boleh prevent masalah, better prevent.
Kan?
.
Tapi kalau dah terrrrrrbagi,
dan anak dah terrrrrketagih,
sila ambil langkah pencegahan secara berperingkat macam yang saya pernah share kat sini:
http://saatakukaupilih.blogspot.my/2015/03/8-cara-kawal-anak-daripada-ketagih-tab.html
.
Saya dulu pun jaga anak kecil sorang-sorang tanpa bantuan.
Mandi berak apa semua tak tutup pintu tandas.
Damn terpaksa cerita. -____-
Memang tak mudah. Anak clingy, menangis, meronta.
Nak berak pun susah. Hergh.
.
So saya buat camane?
Biarkan saje.
Let him cry sekejap, kita pergi la mandi ke berak ke apa.
Tapi make sure kita boleh nampak dia.
Setakat nangis 3-5 minit ok je.
Bagi saya, that's how children learn.
Lama-lama dia akan faham dan boleh tolerate bila maknya nak mandi ke apa.
Maknya pulak jangan la mandi sampai 2 jam.
Memang nak kena luku dengan kepala paip namanya tu. ;D
.
All you need is sedikit kesabaran dan kekuatan hati.
Jangan cepat sangat bagi gajet sebab tak sanggup tengok anak menangis,
tapi at the end of the day kita sebenarnya memudaratkan perkembangan mereka.
Ada some psychologists cakap,
too much screen exposure actually killing the child slowly.
Of course kita taknak macam tu, kan?
.
Rasulullah saw pun pernah pesan,
dalam bab apa saje termasuk bab parenting,
amalkan kesederhanaan.
Takut nanti anak susah nak tolerate dengan perubahan bila keadaan mendesak.
Contohnya, macam kes ipad ni lah.
.
Sila tahu yang anak-anak ni mempunyai kemahiran memanipulasi yang sangattttt dahsyat.
Mereka akan buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang mereka mahukan.
Daripada cara paling halusss sehingga cara yang paling saiko.
Tu yang kengkadang diorang tantrum tahap mak bapak sekali ikut tantrum ;D
.
So we as parents memang kena FIRM dengan prinsip masing-masing.
Ribut petir datang pun tak goyang prinsip.
Of course, nak buat sesuatu perubahan akan ambil masa. 
Baru try sehari dua, pastu tengok anak macam tak boleh jugak survive tanpa ipad, kita dah mengalah, terus bagi ipad balik.
Oh kamonnn. Memang tak la.
.
Anak ikut kita atau kita ikut anak, sepatutnya?
So bertindak sekarang before it's too late.
Good luck!

Cnp

No comments:

Post a Comment