No TV, No Astro, No HP ...
Susulan posting saya kelmarin tentang seorang pelajar yang skor 10A tanpa tuisyen serta tiada TV, seorang rakan beri komen berikut yang juga menarik. Sila teliti dan ambil pengajaran.
"Pelajar saya..ayah engineer, mak pensyarah tengah buat PHD. Rumah tk ada tv. Anak2 takda fon.Tapi anak2, MasyaAllah.. cemerlang.. akademik dan akhlak.
Saya pernah tanya kat rumah buat ape.. dia kata kat rumah banyak berkomunikasi antara ahli keluarga. Maknanya tk ada tv dan fon mereka lebih banyak bersembang sesama keluarga. Dan masa lapang mereka membaca.
Salah seorang adiknya minat dan berbakat menulis,si ayah belikan laptop untuk tujuan mengasah minat dan bakat anak tersebut, Pelajar saya cerita adiknya dah berjaya menulis beberapa buah cerpen2. Saya tak nampak mereka ketinggalan kerana tiada tv dan smartfone,tetapi mereka mendahului rakan2 lain kerana banyak membaca.
Sangat respect dengan mereka."
(JFMY)
No comments:
Post a Comment