12 FAKTA TENTANG MATA JULING ANAK YANG WAJIB IBUBAPA TAHU! IA MUNGKIN ANAK ANDA!
================================================
Oleh: Mardiana Mat Ishak
Kalau anda tengok kanak-kanak pakai cermin mata, apa reaksi awal anda?
“Ishh.. kecik-kecik dah dah pakai spek!”
“Ni mesti banyak bagi main ipad atau tengok hp ni!”
Kan? (Sebab ini reaksi kebanyakan orang :) )
Ok.. Kalau and baca 12 fakta ni, saya yakin persepsi itu akan berubah sama sekali!
Cerita dia begini.
Anda pernah tengok kawan atau orang yang kita kenal ada setengahnya kita tengah bercakap dengan dia, tapi mata tengok tempat lain? Ataupun ada sebelah mata tengok kita sebelah mata tengok lain?
Keadaan mata yang macam tu ada sebab rupa-rupanya. Dalam istilah perubatan optomology ia dipanggil strabismus.
(Saya bukan doctor pakar mata, jadi harapnya Dr atau Optometrist atau mereka yang terlibat dengan mata ni dapat betulkan jika saya silap memberi penerangan. Boleh tambah jika ada info yang kurang. Saya terangkan dalam Bahasa yang lebih mudah difahami orang biasa :) ). Boleh juga refer gambar yang saya berikan dibawah.
1. Jenis Juling
Strabismus ini dalam Bahasa mudah kita adalah juling. Rupa-rupanya juling ini pun ada banyak jenis. Ada yang jenis dua anak mata ketengah, ada yang jenis sebelah mata melihat keluar, ada yang jenis mata melihat ke dalam.
2. Pantau Mata Bayi
Pernah tengok kadang-kadang mata bayi juling? Sebenarnya untuk bayi bawah 6 bulan, ia adalah normal. Kerana pada peringkat ini, keadaan mata bayi masih masih belum matang dan masih melalui proses perkembangan. So, jangan risau sangat. Tapi boleh mula take note dan boleh bawa pergi check. Kemungkinan akan ada.
3. Rawatan Bawah umur 7-8
InsyaAllah dengan rawatan awal strabismus masih boleh dirawat. Peluang lebih cerah jika kanak-kanak tersebut berumur dibawah 7-8. Kerana waktu ini fasa perkembangan mata mereka masih awal. Otot mata masih lembut dan boleh dibentuk.
4. Kekal Selepas umur 7-8 tahun
Tapi menurut Dr. kalau sudah melepasi berumur 7-8 tahun agak sukar dan mungkin boleh jadi permanent!
5. Rawatan Awal- Check
Rawatan awal adalah Dr akan check mata terlebih dahulu. Untuk kanak-kanak yang masih belum kenal huruf, mereka akan gunakan alat khas untuk check. Beberapa alat permainan untuk menarik perhatian kanak-kanak tersebut untuk fokus melihat. Gambar mata akan diambil. Power mata akan di check. Dari situ Dr apat melihat jenis dan sejauh mana keadaan mata tersebut.
6. Juling vs Vision
Rupa-rupanya juling dan vision adalah berbeza. Tapi saling berkaitan. Juling melibatkan otot mata yang memegang bebola mata. Vision pula melibatkan gambaran pada titik tumpu kornea mata. Ia berkaitan dengan masalah rabun.
7. Apa yang berlaku pada Vision kanak-kanak yang juling?
Apabila melihat sesuatu objek, sebelah mata melihat dan hantar gambaran ke otak. Sebelah mata lagi yang bermasalah tidak dapat kenal pasti apakah objek yang dilihat.
Kalau gambaran 3D pula contohnya, sebelah mata melihat gambar rumah, sebelah lagi melihat gambar pokok, gambaran yang terlihat di otak adalah gambaran bertindih antara pokok dan rumah.
8. Rawatan Dengan Cermin Mata
Untuk merawat rabun supaya titik bertumpu pada tiitk normal, maka perlulah memakai cermin mata. Jika tidak, memang dia tidak Nampak dan tiada rekod disimpan di dalam otak. Ia akan berkait rapat dengan pembelajaran pada masa akan datang.
9. Rawatan Dengan Tutup Sebelah Mata
Disamping memakai spek untuk merawat rabun, mata yang ok perlu ditutup untuk memaksa penggunaan mata yang bermasalah. Sebabnya, jika mata tu tidak dipaksa, lama-kelamaan otak tidak akan menerima arahan dari mata tersebut. Ia akan menyebabkan lazy eyes. Ini yang akan menyebabkan permanent pada mata yang tidak digunakan. Tutup mata perlu dibuat selama 2 jam sehari (boleh selang ikut minit atau 2 jam direct) selama 2 bulan berturut.
10. Proses Berterusan
Selepas proses tersebut, Dr akan melihat perkembangan dan maklumkan apa yang perlu dilakukan seterusnya.
11. Punca Strabismus
Saya pernah tanya pada Dr. Kenapa boleh berlaku? Saya risau juga adakah kerana tidak cukup stimulasi vision masa bayi? Atau kerana tengok handphone ? (sebab kalau nak kata sebab yang ni, anak saya tidak pernah bermain game atau tengok handphone pun). Ayat sentap Dr tu, “Sebab Allah nak bagi.” Haha..amik kau, Sentap!. Baik Doktor. Insap!
Sebenarnya kata Dr, samada, keturunan, kecederaan pada otot mata atau memang asal masa lahir telah mempunyai power yang tinggi.
Allah… patutlah kadang-kadang kita tengok ada yang kecil-kecil sudah pakai spek kan. Masa di hospital, siap ada yang baby lagi. Kasihan pulak rasanya. Tapi itu semua takdir Allah. Kita redha dan terima hakikat dan mencari alternative atas kapasiti kemampuan manusia.
12. Doa
Demi Allah, setiap apa yang berlaku Allah boleh bagi, Allah boleh Tarik. Benda yang Allah telah Tarik, ada yang Allah bagi balik. Masa awal-awal anak saya disahkan mempunyai strabismus, saya agak down, sedih dan sukar juga untuk menerima hakikat. Tapi saya ingat yang itu sahaja dan pasti ada hikmah. Alhamdulillah saya redha dan pasrah. Saya hanya berdoa semoga Allah sembuhkan mata anak ini. Mohon doa kalian yang membaca ini juga. Supaya sembuh normal dan boleh lalui fasa-fasa perkembangan dan pembelajaran seperti biasa.
===============================
Saya ceritakan perkara ini kerana kes ini berlaku pada anak saya. Awalnya ingatkan dia main-main buat-buat juling. Apabila masuk 3 tahun ni, nampak semakin ketara. Kalau tengok biasa memang tak perasan pun. Tapi kalau fokus tengok sesuatu, kita akan nampak. Saya terus bawa jumpa Dr pakar mata. Oh.. rupa-rupanya itu yang berlaku. Nisbah 1:25 kanak –kanak mengalami strabismus.
Saya ingat pesan mak untuk sentiasa ajarkan doa pada anak, “Allahumma’afini fibadani, Allahumma ‘afini fi sam’iy, Allahumma ‘afini fi basari”..” Ya Allah sembuhkan mata Sofieyya… bagi Sofieyya boleh lihat ciptaan Allah..boleh baca al-Quran..”
Hikmahnya pada saya, Alhamdulillah mungkin lepas ni susah sikit nak dengar orang kata, “Wah…cantiknya mata coklat!”. “Wow cantiknya warna mata! Tak payah pakai contact lens dah!”.( sebab dah cover dengan spek :) ) .
Secara peribadi, bila saya dengar orang sebut macam tu, saya kurang selesa. Hanya senyum. Dalam hati saya hanya sebut “Alhamdulillah…haza min fadhli rabbi (ini semua dari kemuliaan dan kelebihan tuhanku”. Tapi saya tahu mungkin mereka tidak tahu. Sebab Rasulullah saw pernah sebut tentang penyakit “ain” ni. Boleh google apa itu penyakit “ain”. Adakah ini sebabnya? Wallahu’alam.
Nasihat saya, kalau anda melihat wajah comel seorang kanak-kanak, atau kecantikan seseorang atau mana-mana anggota badan eg mata, jangan lupa sebut, “MasyaAllah!, cantiknya”. Sebut masyaAllah tu bukan nak bajet alim atau acah-acah alim! Tapi untuk ingatkan diri kita untuk kembalikan segala kecantikan itu kepada YANG MENCIPTA. DIA boleh bagi, DIA boleh ambil balik.
Akhir sekali, saya harap lepas ni, kalau kita lihat ada kanak-kanak yang memakai cermin mata, jangan simply kata, “ni mesti banyak main ipad dengan tengok hp ni!”, “Ni mesti banyak tengok tv ni!”, “Ish… kecik-kecik lagi dah pakai spek?”, “Eh kenapa kecik-kecik lagi bagi pakai spek?”. Ia juga boleh berlaku kepada anak anda atau keturunan anda.
Kalau sebab mata rabun anak berpunca daripada ibubapa yang berikan ipad atau hp, itu mungkin kesilapan mereka. Tetapi kalau sebab semulajadi begini, ia adalah tidak adil.
Untuk ibubapa yang kemungkinan anak mempunyai masalah yang sama, harap bersabar. Senyumlah ya!. Sebab saya pernah kena dengan ayat-ayat sinis diatas. Hehe… Mungkin mereka tak berniat pun. Cuma nak tahu. Tapi Nak cerita nanti panjang, so senyum jelah dan kata masalah mata.
Nak “memaksa” pakai spek dan tutup mata bukannya senang untuk umur kanak-kanak sebegini. Terpaksa umpan dan jenuh berkali-kali pujuk dahulu baru nak. Pernah sekali tu masa baru-baru lagi, dia ada sebut dengan nada sedih, “Ummi..Allah bagi Sofieyya mata juling”..Allah sedih dan sayu saya dengar.. “Takpe, insyaAllah nanti baiklah kan? Kita doa banyak-banyak kat Allah ok”. Angguk. Senyum.
Semoga info ini sedikit sebanyak membantu. Doktor kata ramai parents yang tidak tahu. Mungkin mereka rasa normal atau fikir akan baik sendiri. Segeralah berjumpa pakar mata (optomology) kalau anda dapati anak anda mempunyai tanda-tanda seperti yang saya sebutkan tadi.
Saya ke Hospital Ampang (Pakar Oftomology), sebab salah seorang Dr Pakar disitu kawan suami (Dr. Israq). kemudian Dr. refer check details di Klinik Pakar Mata K.C. Chu di Bangunan Umno Lama. Masuk klinik ni rasa macam masuk zaman 70-an-80-an. :) Tapi Dr dia memang pakar dan sangat bagus dan memudahkan penerangan.
Segan mahu menulis entri ini sebenarnya. Tapi saya rasa bertanggungjawab untuk sebarkan maklumat ini kepada ibubapa diluar sana. Hanya dengan ilmu dan ikhtiar, sekurang-kurangnya kita membantu mereka untuk memberikan harapan demi masa hadapan anak-anak ini. InsyaAllah
Sampaikanlah info ini kepada ibubapa diluar sana. Kita bantu apa yang mampu. Terima Kasih.
Salam Hormat,
Mardiana Mat Ishak
www.SmartSuperwoman.com
#LifeBalanceCoach
#SmartSuperwoman
No comments:
Post a Comment